Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Wanita Myanmar Dengan...

BUTTERWORTH - Mayat seorang wanita warga Myanmar ditemukan berlumuran darah disyaki dibunuh suaminya...

Minta Penghulu Dan Penggawa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memerlukan gambaran sebenar permasalahan rakyat daripada penghulu dan penggawa...

Saman Fitnah: Rafizi &...

PUTRAJAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli dan pemilik...

Aswaja Minta Mufti P.Pinang...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) membidas Mufti Pulau...

KLIA Diperbesarkan Lagi Selepas Tahun 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang untuk memperbesarkan dan menambah lagi terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tahun 2020.

Ia bagi mengatasi masalah kesesakan teruk di lapangan terbang utama negara tersebut yang semakin kritikal ketika ini dalam jangka masa panjang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, jumlah penumpang di KLIA naik dengan mendadak sehingga 100 peratus dalam tempoh 2007 hingga 2016.

“Ini merupakan satu kejayaan buat negara kerana berjaya menjadikan KLIA sebagai pusat transit di rantau ini setanding dengan Changi, Singapura dan Bangkok, Thailand.

“Kerajaan telah membuat penelitian mengenai kesesakan yang berlaku dan mempunyai perancangan membesarkan serta menambah terminal di KLIA selepas tahun 2020,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd. Salim Sharif dalam sidang Dewan Negara semalam.

Dalam pada itu, Ab. Aziz berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sen­tiasa kawal se­lia dan larang sebarang tindakan atau bentuk persai­ngan yang tidak adil di antara syarikat penerbangan yang beroperasi di negara ini.


“Mavcom tidak menetapkan jadual waktu penerbangan untuk setiap syarikat penerbangan. Jadual penerbangan tertakluk kepada waktu operasi yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan itu sendiri,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Abdullah Mat Yasim yang bertanya mengenai isu persaingan antara syarikat penerbangan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KLIA

Kategori