Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Lelaki Potong Zakar Dalam...

China – Akibat kecewa dan tidak dapat menerima hakikat perkahwinannya telah berakhir, seorang...

Kelar Isteri, Bayi Sebelum...

Johor Bahru : Seorang bapa terkedu melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran darah...

545 Layak Undi Awal...

ROMPIN - Sebanyak 545 pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

GAMBAR: Raja Rimba Pun...

SITUASI seperti ini jarang sekali dapat dilihat berlaku kepada haiwan pemangsa ini.Sangat gah...

Klip Video Muzik Digabung Dalam Aku Negaraku Sedunia

KUALA LUMPUR – Sebanyak 70 klip video hasil kreativiti rakyat Malaysia dari dalam dan luar negara yang menyanyikan lagu patriotik Aku Negaraku digabungkan menjadi sebuah muzik video ‘’Aku Negaraku Sedunia’’.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Persahabatan Malaysia (Permai), Afiq Amani Annuar berkata muzik video yang berdurasi kira-kira tiga minit itu adalah manifestasi cinta dan rasa bangga rakyat negara ini sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Kita telah menerima 130 klip video sejak penyertaan dibuka awal Julai lalu, namun hanya 70 sahaja dipilih kerana faktor kualiti video,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancarannya di Balai Seni Negara, hari ini.

Pelancaran muzik video itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. Turut hadir, Pengerusi Permai, Tan Sri Annuar Musa.

Afiq Amani berkata selain penyertaan dari dalam negara, penyertaan turut diterima daripada rakyat Malaysia di luar negara seperti di Arab Saudi, Australia, Jepun, Perancis dan Indonesia.

Muzik video yang boleh ditonton dalam Facebook rasmi Aku Negaraku Sedunia menampilkan artis negara seperti Sherry Ibrahim, Harris Aliff dan Wan Imar.


Sementara itu, Annuar berkata yayasan itu mahu lebih banyak penyertaan klip video daripada orang ramai meskipun selepas 31 Ogos.

“Kita mahu program ini berterusan dan tidak menolak sekiranya klip video yang menarik dan unik berkemungkinan akan mendapat penghargaan,” katanya.

Dalam pada itu, Jailani berkata kempen itu dapat mempromosikan lagu patriotik baharu dan yakin lagu itu akan mendapat tempat di hati rakyat sekali gus menyuntik semangat patriotisme kepada negara. – BERNAMA

Kategori