Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jasa, Pengorbanan Wanita UMNO...

KOTA KINABALU - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta pemimpin...

Penunggang & Pembonceng Maut...

PUTRAJAYA - Dua remaja berusia 14 dan 16 tahun maut selepas motosikal yang...

Demokrasi Myanmar Hanya Menipu...

KERAJAAN Myanmar bukan kerajaan demokrasi. Ini bukan kejutan, ini realiti di mana imej...

PPDNKK Taiping Rampas 41...

TAIPING - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Taiping merampas 41...

KM Pun Terpalit Kes Rasuah, Tapi Ikrar Bebas Rasuah?

GEORGE TOWN – Ini mungkin satu senario paling lawak dan ajaib dalam dunia apatah lagi si Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guan Eng sendiri terpalit skandal rasuah dan dibicara di mahkamah.

Senang cakap situasi kali ini memang agak ‘lain macam’ sehingga menjadi bahan jenaka netizen walhal jika kes korupsi melibatkan pemimpin Barisan Nasional, pembangkang ‘bising’ desak untuk bercuti atau letak jawatan.

Namun inilah yang berlaku di Pulau Mutiara apabila Guan Eng yang didakwa di mahkamah atas kes rasuah dan salahguna kuasa akhirnya pada Jumaat mengetuai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.

Sebelum itu, beliau berdolak-dalik bagi pelbagai alasan bodoh untuk mengelak daripada IBR. Umum tahu IBR dipelopori Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini sudah disertai pelbagai pihak.

Ini termasuk pihak kerajaan negeri, kementerian, jabatan, agensi, syarikat berkaitan kerajaan dan sebagainya. Ketua Persuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad hadir menyaksikan IBR di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Guan Eng dilaporkan media akhirnya terpaksa akur bersetuju agar kerajaan pimpinannya membuat IBR setelah beberapa kali berdalih dengan letak syarat itu ini walhal negeri-negeri lain pun tidak berbuat sedemikian pelik.

Ini termasuk turut menyertakan tambahan 10 Langkah Integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang disyaratkan. Lafaz ikrar IBR di Pulau Pinang ini bagaimanapun tidak dapat disertai oleh wakil-wakil rakyat BN.

Ini kerana dipercayai mereka langsung tidak menerima undangan rasmi daripada pihak kerajaan negeri.


Ketika ditemui wartawan, Dzulkifli yang secara kebetulan turut berasal dari Pulau Pinang berkata, beliau berasa malu jika negeri asalnya sendiri pun tidak lafaz IBR yang diusahakannya selama ini.

Beliau sebelum ini ada menyuarakan kesal dengan dolak dalik kerajaan Pulau Pinang untuk melaksana IBR. Guan Eng berdepan dakwaan kes korupsi berkaitan diskaun banglo di bawah paras harga dan penukaran status tanah.

Pengurusan kesnya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dijadualkan November ini. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan namun berkeras tidak mahu cuti sementara sehingga kes selesai di mahkamah.

Ia bukan sahaja lucu kerana semua maklum DAP jikalau kena pemimpin BN, mereka bukan main kuat desak lepas jawatan jika hadapi kes rasuah tetapi ketelusan itu tidak apabila terkena diri sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori