Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Lakukan Hubungan Seks...

GILA, seorang bapa kepada tiga anak telah ditangkap kerana melakukan hubungan seks dengan...

Nelydia Senrose Anggap Isu...

PELAKON Nelydia Senrose menganggap masalah cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)...

Buat Seks Kerap Boleh...

ANKARA - Salah satu cara yang paling banyak dilakukan oleh doktor di seluruh...

Bolivia Gantung Permit Syarikat...

LA PAZ - Bolivia menggantung permit operasi syarikat penerbangan yang pesawatnya terhempas di...

KM Sabah, Sarawak Boleh Hadir Mesyuarat Aksem

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah dan Sarawak boleh diundang menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) bagi menasihati apa-apa perkara yang dibincangkan meskipun tidak disenaraikan dalam anggota jawatankuasa itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata ini selaras dengan peruntukan subsekyen 6(3) Rang Undang-Undang (RUU) AKSEM 2017 yang mana Jawatankuasa Peringkat Tertinggi boleh mengundang mana-mana orang bagi mengetuai jawatankuasa itu.

Malah katanya di bawah subseksyen 9(3), Jawatankuasa Penyelaras juga boleh mengundang mana-mana orang mengetuai jawatankuasa berkenaan.

“Sehubungan itu, tiada apa-apa halangan bagi kedua-dua jawatankuasa itu untuk menjemput mana-mana pihak yang bukan anggota jawatankuasa untuk hadir sama dalam mesyuarat-mesyuarat yang akan diadakan kelak,” katanya pada sesi penggulungan RUU itu di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu, Masir ketika membentangkan RUU itu berkata ia memperuntukkan dua jawatankuasa khas yang terdiri daripada pengerusi dan anggota daripada pelbagai kementerian, jabatan serta agensi kerajaan.

Katanya Jawatankuasa Penyelaras bertanggungjawab merumuskan pencegahan penyeludupan dan memperakukan syor kepada Jawatankuasa Peringkat Tertinggi untuk dipertimbangkan dan diluluskan pelaksanaannya.

Dalam pada itu, Masir berkata sejak penubuhan operasinya pada 2016, Aksem telah melaksanakan fungsinya dengan berkesan apabila nilai rampasan barangan bagi agensi itu meningkat sebanyak RM38.6 juta berbanding RM18.2 juta pada 2014.

RUU itu kemudiannya diluluskan di Dewan Negara.


Pada 9 Ogos lepas di Dewan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung RUU itu berkata ia bertujuan mengawal keselamatan sempadan darat Malaysia daripada apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata akta itu juga bertujuan meningkatkan peranan yang dilaksanakan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) sebelum ini menerusi kerjasama pelbagai agensi dengan bilangan anggota terlibat menjadi lebih besar.

Sementara itu, Dewan turut meluluskan RUU Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 yang bertujuan menjamin kebajikan pegawai dan askar yang tidak berpencen di bawah skim anuiti veteran.

Menerusi skim baharu yang diperkenalkan itu, anggota tentera yang tidak berpencen akan menerima pemberian pendapatan tetap secara bulanan menerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). – BERNAMA

Kategori