Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pendayaupayaan Sosial Belia Semasa...

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa 18 Mac 2020 yang lalu kini...

TNB Kedah Bertugas 24...

KUALA NERANG - Seramai 600 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kedah bersiap sedia...

Perlis Tegas Pendirian Larang...

ARAU - Kerajaan Negeri Perlis sekali lagi menegaskan pendirian melarang mana-mana pihak termasuk...

Jokowi Lancar Tren Khas...

JAKARTA - Ibu negara Indonesia mengikut jejak negara jirannya, Malaysia dan Thailand apabila...

Konon Kaya Terlampau, Orang Tua Tak Layak Tempat Mahal

KONON berlagak kaya sampai ‘sakit mata’ apabila tengok wanita tua makan sekali dalam tempat mahal. Awak tu siapa sampai boleh hina orang lain macam tu sekali?

Orang kaya pun takkan cakap macam ni kot? Melainkan awak tu ‘acah-acah’ kaya! Ada lah seorang gadis yang ‘suci murni hatinya yang menggunakan nama Darlings Suhana, memuat naik satu posting di Facebook.

Postingnya tu benar-benar menyakitkan hati ramai netizen. Kaw-kaw kau kena kutuk dik!

Katanya waktu dia tengah menikmati makanan yang mungkin mahal harganya, katanya lah… Dia ternampak seorang lelaki bawa orang tua yang mungkin ibunya, kebetulan makan di restoran yang sama.

Lokasi restoran dirahsiakan, namun hintnya ialah berhampiran dengan Dataran Johor Bahru.

Apa yang buat orang marahnya, bila dia kata yang wanita tua tu seakan-akan merosakkan pemandangan! Wah, berlagak ya kau. Dulu lahir dari mana?? Buluh betung ke? Jijik betul bagi dia bila ada wanita tua tu dekat situ ya.


Lagi menyakitkan hati bila dia kata yang tindakan itu menjatuhkan standard orang kaya. Dan dia memberi cadangan kedai lain yang boleh dikunjungi oleh wanita tua itu seperti di kedai mamak atau warung di tepi jalan.

Bagaimana pun, Facebook miliknya kini sudah deactive. Tak tahulah sama ada akaun ini fake atau betul ada manusia berlagak macam ni. Tapi, ada juga yang sempat screenshot dan ramai yang mengutuk tindakan gadis ini.

Sombong mengalahkan anak raja! Konon standard tinggi sangat sampai boleh cakap wanita tua itu merosakkan matanya dan cuma layak makan di warung.

Tak kisah lah bawak kereta besar mana pun, kaya macam mana pun, kalau tak reti balas jasa ibubpa, tak guna juga okay. Beringatlah sebelum Allah tarik semula rezeki yang Dia dah bagi.

Jangan sampai dah jatuh miskin, baru nak ingat ibubapa. Waktu tu, kau sendiri yang duduk tepi jalan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori