Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kenyataan Tommy Mengenai Video...

PETALING JAYA - Seorang peguam berkata, kenyataan Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai klip...

120 GRO Ditahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Seramai 120 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan...

Negara Mereka ‘Berperang’ Tapi...

MADINAH - "Labbaikallah hummalabbaik" itu lafaz panggilan popular seruan Kaabah setiap tahun yang...

GRO Rakyat Asing Ditahan...

BUTTERWORTH - Sebanyak 41 pelayan pelangan (GRO) rakyat asing ditahan dalam serbuan Jabatan...

Kontinjen Luar Negara Puas Hati Kemudahan KL2017

KUALA LUMPUR – Pegawai kontinjen luar negara yang telah tiba untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berpuas hati dengan apa yang yang disediakan oleh tuan rumah Malaysia dari segi kemudahan pengangkutan, penginapan dan makanan untuk perserta temasya sukan dwitahunan itu.

Ketua Kontinjen Thailand, Tahana Chaiprasit berkata beliau amat kagum melihat bagaimana Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) mengendalikan semua pertanyaannya.

“ MASOC menangani masalah kami dengan baik. Apabila saya memberitahu mereka sesuatu yang tidak berkenan, mereka menyelesaikannya dengan cepat. Jadi kini tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh kontinjen Thailand,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagi pengurus pasukan bola sepak lelaki Brunei, Awang Ah Chua Bangau, beliau tidak menghadapi sebarang masalah utama setakat ini.

“Dari segi hotel amat memuaskan. Tempat tinggal begitu selesa, makan minum memuaskan dan bagus, tidak ada kekurangan setakat ini,” katanya.


Ketua Kontinjen Indonesia, Muhammad Azis Syamsuddin turut berkongsi pandangan sama sambil menyifatkan KL2017 itu akan memperkukuhkan hubungan diplomatik antara negara-negara peserta.

Lebih 7,000 atlet dan pegawai dari 11 negara Asia Tenggara akan menyertai 404 acara yang terdiri daripada 38 sukan pada temasya dwitahunan itu yang bermula secara rasmi pada 19 hingga 30 Ogos ini. – BERNAMA

Kategori