Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mansuhkan Tol Motosikal Jambatan...

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang diminta memansuhkan tol motosikal di Jambatan...

Ukraine Bawa Rusia Ke...

KUALA LUMPUR - Tragedi MH17 yang ditembak jatuh dijadikan sebahagian prosiding yang diambil...

PRK Rompin 5 Mei,...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin...

Rakyat Diperbodoh Atas Nama...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu berkompromi...

Korea Utara Lancar 3 Peluru Berpandu – AS

SEOUL – Korea Utara membedil tiga peluru berpandu balistik jarak dekat hari ini, kata tentera Amerika Syarikat, susulan ketegangan antara Pyongyang dan Washington.

Peluru berpandu itu dilancarkan ketika puluhan ribu tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam latihan bersama tentera, yang dianggap Pyongyang latihan provokasi untuk menceroboh wilayahnya.

Dua daripada peluru berpandu itu gagal terbang dan yang ketiga meletup dengan pantas, kata jurucakap Pemerintah Pasifik AS.

Komander Dave Benham berkata, tiada satu pun peluru berpandu itu yang dilancarkan berhampiran Kittaeryong, memberi ancaman kepada Amerika Utara atau wilayah AS di Guam.

“Peluru berpandu pertama dan ketiga gagal membuat penerbangan, manakala yang kedua, meletup hampir serta-merta,” katanya sambil menambah pelancaran itu dibuat dalam tempoh 30 minit. – AFP/BH ONLINE

Kategori