Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kerjasama PAS-UMNO Hanya Untuk...

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama parti...

RM500,000 Untuk Muay Thai...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan...

Anak Melayu Ketuai Dapur...

SEOUL - Buat julung kali, anak Malaysia diberi penghormatan mengetuai penyediaan makanan halal...

GLC Perlu Amal Tadbir...

KOTA KINABALU - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah perlu terus mengamalkan sistem...

KPDNKK Nadi Dakwaan Pasar Raya Jual Sayur Plastik

TAWAU – Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Tawau Sam Aminuddin menafikan dakwaan yang tular di laman sosial kononnya terdapat sayur plastik dijual di sebuah pasar raya di sini.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas pasar raya tersebut pada Jumaat lepas, kira-kira pukul 9 pagi menunjukkan tiada sayur plastik dijual seperti didakwa.

“Pembekal sayur kepada pasar raya berkenaan turut dikenal pasti dan turut dipanggil selepas tular dakwaan sayur plastik dijual,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada Jumaat, pemilik akaun Facebook ‘Nurul Syamia’ telah memuat turun gambar serta status menyebut sayur plastik di Century Department Store Sdn Bhd di Batu 3.


Sementara itu, Penolong Pengurus, pasar raya itu Hon Hock Jiang kesal dengan maklumat tidak betul yang ditularkan kerana boleh menjejaskan nama baik pasar raya berkenaan.

“Para pengguna di daerah ini, diharap agar lebih bertanggungjawab dalam melabelkan sesuatu produk, kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada perniagaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori