Wednesday, September 18, 2024

Creating liberating content

Terengganu Pilih Mac Sebagai...

KUALA TERNGGANU - Kerajaan Terengganu menetapkan Mac ini sebagai Bulan Sukan Negeri atau...

Liow Berhati-Hati Dalam Optimis...

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau berhati-hati dalam...

Pelan Pemulihan Negara Pastikan...

KUALA LUMPUR - Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

4 Maut Tembakan Di...

LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala beberapa orang lagi cedera dalam kejadian...

KPM-UTC Perluas Kerjasama Program Sokongan Komuniti

MELAKA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperluas kerjasama dengan Pusat Transformasi Luar Bandar (UTC) di seluruh negara bagi melaksanakan program ‘Sokongan Komuniti Terhadap Guru Sekolah’ inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata kerjasama dengan UTC merupakan pembaharuan yang dilaksanakan KPM menerusi program tersebut bagi memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan yang terdapat di pusat sehenti perkhidmatan rakyat berkenaan.

Beliau berkata program berkenaan mula dilaksanakan sebagai projek perintis di Mini UTC Sentul di Kuala Lumpur dan ia mendapat reaksi positif daripada golongan sasar program tersebut.

“Program ‘Sokongan Komuniti Terhadap Guru Sekolah’ telah lama dilaksanakan tetapi sebelum ini ia pihak komuniti, badan bukan kerajaan, agensi atau badan bukan kerajaan datang ke sekolah untuk menawarkan khidmat mereka kepada pelajar.

“Kami lihat UTC merupakan platform terbaik bagi memperluaskan program sokongan komuniti ini kerana pelbagai perkhidmatan atau kemudahan boleh diperoleh di sini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Inisiatif NBOS KPM UTC: Sokongan Komuniti Terhadap Guru Sekolah’ peringkat negeri Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Md Rawi Mahmud dan Pengarah Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari.


Mengulas lanjut, Amin berkata program berkenaan akan memberi manfaat yang besar terutama bagi semua sekolah yang terletak berhampiran UTC dan perkhidmatan atau keperluan bagi setiap sekolah bergantung pada keperluan.

Beliau berkata selain itu, program tersebut juga dapat melatih sekali gus melahirkan modal insan yang mempunyai pelbagai kemahiran atau bakat yang dapat dalam bidang tertentu.

Sementara itu, Abu Bakar berkata sebanyak 13 sekolah menengah dan rendah di negeri itu terpilih bagi melaksanakan program sokongan komuniti di UTC yang terletak di Jalan Hang Tuah di sini.

Beliau berkata program tersebut turut melibatkan tiga agensi iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka dan Jabatan Belia dan Sukan. – BERNAMA

Kategori