Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Usahawan Muda, Kevin Poon...

Kevin Poon ialah seorang usahawan muda Hong Kong yang mempunyai beberapa bisnes yang...

FGV: Panel Siasatan Siapkan...

SEPANG - Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) dijangka menerima laporan daripada panel siasatan...

Nilai Semula Akta Tandatangan...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta menilai semula Akta Tandatangan...

9 Terbunuh Lori Rempuh...

BERLIN - Sekurang-kurangnya 9 terbunuh, berpuluh-puluh lagi cedera selepas sebuah lori merempuh pasar...

Kucing Baka Mahal Mati, Vet Tak Mahu Tanggungjawab

KESIAN dan tak bertanggungjawab… Hancurnya hati seorang pemilik dan pencinta kucing ini apbila kucingnya mati di kedai veterinar yang dirujuknya.

Semalam kecoh sikit dalam Facebook dan Twitter apabila seorang pemilik kucing mengamuk sebab kucing kesayanganya mati akibat overdose ubat dan dipaksa makan dan minum walaupun kucing tersebut dah lemah.

Wanita itu yang dikenali menggunakan nama akaun Facebooknya sebagai Bistarif Aqb dengan penuh rasa tak puas hati, kemudian telah membuat laporan polis.

Katanya kucing yang diberi nama Lily itu dibeli dengan harga RM10,000 sejak empat bulan lepas. Macam yang kita tahu, kucing berbaka British Short Hair memang mahal harganya.

Tapi disebabkan minatnya yang dalam pada haiwan comel ini, RM10,000 itu dia pandang sebelah mata sahaja. Wanita ini telah beli kucing tersebut di sebuah kedai haiwan yang agak terkenal dekat Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Katanya waktu mula-mula pun kucing yang bernama Lily itu memang dah ada penyakit yang mana terdapat fungus, bulu tak terurus dan Lily sangat kurus pada waktu itu.

Apabila dah beli, dah bagi makan, rawat dan jaga dengan sebaiknya, si Lily pun dah jadi gemuk dan lincah.

Tapi bila wanita tersebut hantar pula seekor lagi kucingnya, yang diberi nama Lola di kedai tersebut., si Lily terkena penyakit yang dibawa dari Lola semasa operasi memandulkannya dijalankan waktu Ramadan yang lepas.

Lily ahirnya sakit dan mati pada 6 Ogos yang lepas. Katanya lagi pemilik kedai itu langsung tidak mahu bertanggungjawab selain mengeluarkan kata-kata kesat konon sebab tak pandai jaga kucing katanya.

Apa yang lebih menyakitkan, apabila seorang pengurus kedai vet tersebut sound wanita ini dengan berkata “Kenapa eh dah nak mati baru bagitau”

Siapa yang tak sakit hati bila kena tuduh macam tu? Walhal mangsa ni selalu rujuk vet bila si Lily atau Lola sakit. Walaupun selsema, dah dibawanya ke vet untuk check apa masalahnya.


Waktu kejadian ‘serangan’ itu berlaku, Bistari ada membuat live dekat Facebooknya untuk tunjukkan betapa tak bertanggungjawabnya pemilik kedai vet ni.

Puan Bistarif memang selalu update tentang si Lily dalam akaun Facebook miliknya sebab dia sangat kecewa dengan servis yang diberikan.

Satu lagi, kedai ni memang tak ada sebarang doktor veterinar. Mereka cuma memandai-mandai paksa bagi makan dan bagi ubat kononnya untuk tenangkan si Lily atau kucing lain yang berpenyakit.

Akibatnya, apabila dirujuk ke klinik lain, Lily rupanya ada masalah dekat paru-paru. Macam mana kalau tak ada doktor haiwan, boleh buat servis rawat kucing?

Jelas sekali betapa marah dan kecewanya wanita ni bila pemiliknya sendiri, Ismail Mohd Ali langsung tak mahu bertanggungjawab dan terus menghilangkan diri lepas Bistari dan suaminya mengamuk dekat kedai tersebut.

Dah buat salah, mengaku sajalah. Jangan berdolak dalik lagi. Bertanggungjawab atas apa yang dah berlaku, jernihkan keadaan, bukannya menghilangkan diri macam tu saja.

Anda boleh baca sendiri luahan Bistarif tentang servis yang diberikan ni macam mana benganggnya dia bila perkara macam ni jadi dekat diri sendiri.

Semoga tak ada lagi mangsa ‘kekejaman’ kedai haiwan ni.

Tapi ada pula satu dakwaan laporan polis dekat balai polis Tampoi oleh pengurus kedai tersebut iaitu Amela Farriza, yang mendakwa pasangan suami isteri ini membuat kacau dan mengganggu serta menjatuhkan perniagaan kedai ini.

Entahlah, tak tahu siapa yang salah. Adakah salah Bistarif kerana tak menjaga kucingnya dnegan betul seperti dalam kontrak pembelian, atau memang etrnyata salah kedai haiwan ini yang langsung taknak bertanggungjawabh atas kelalaian dan kesilapan daripada pihak mereka sendiri. MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Kategori