Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Miliki Kereta Curi, Bapa...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa tiga anak dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah...

Lelaki Dibedil Lima Das...

SEORANG lelaki berusia 40 tahun berhadapan detik cemas dalam hidupnya apabila terkena lima...

SOP PRN Sarawak Dimuktamadkan...

SEREMBAN - Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 khusus bagi Pilihan Raya Negeri...

Babi Hutan Dikesan Dicemari...

SEEKOR babi hutan yang ditembak mati di Sweden dikesan dicemari 10 kali paras...

Laluan Perkhidmatan MyBAS Diperluaskan

SEREMBAN – Laluan baharu perkhidmatan myBAS yang kini  menghubungkan  hampir semua pejabat penting kerajaan, hospital dan juga institusi pendidikan, nyata melegakan keresahan  warga Negeri Sembilan.

Apa tidaknya, mereka kini tidak perlu lagi memikirkan soal parkir kenderaan,  ditambah pula perkhidmatan itu kini turut menyenaraikan Hospital Tuanku  Jaafar sebagai antara destinasi laluannya.

Penjawat awam, Mohd Fairuz Zaharuddin, 32, berkata beliau sebelum ini kerap  berhadapan dengan  masalah mencari ruangan parkir kenderaan, yang kadangkala memaksanya meletakkan kenderaan jauh dari hospital.

“Sebelum ini saya menaiki kereta, tetapi kali ini saya memilih untuk menaiki bas memandangkan sudah ada perkhidmatan masuk terus ke kawasan hospital. Sekarang tidak perlu bawa kereta ke hospital dan ini sudah tentu menjimatkan masa mencari  ruangan parkir,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Perkhidmatan myBAS diwujudkan bertujuan menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar dengan lebih efisyen melalui jadual masa yang telah ditetapkan, agar dapat membantu penduduk setempat supaya lebih mudah berulang-alik ke tempat kerja, sekolah dan pelbagai lokasi lain.

Melalui kemudahan pengangkutan awam yang baik seperti myBAS, ia sekali gus dapat meningkatkan produktiviti dan taraf hidup penduduk.

Seorang pengguna myBAS, Ahmad Sufian Ghazali, 40, berkata perkhidmatan  myBAS itu dapat memudahkan orang ramai terutama golongan warga emas melakukan urusan perubatan di hospital tersebut.

“Kadang-kadang kita kasihan juga melihat orang tua berjalan kaki jauh nak ke bangunan hospital. Sekarang apabila bas mula masuk kawasan hospital, saya pun jadi gembira,’’ katanya.


MyBAS yang dilengkapi dengan sistem kedudukan geografi (GPS)  beroperasi daripada Isnin hingga Ahad mulai 6 pagi hingga 9 malam, meliputi seluruh kawasan di daerah Seremban, Nilai Sentral, Nilai 3, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2, Bahau, Kuala Pilah, Batu Kikir, Tampin, Rembau, Port Dickson dan Lukut.

Bagi laluan di Seremban, ia meliputi kawasan Perbadanan Perpustakaan Awam, Jabatan Insolvensi Malaysia, Bank Rakyat, Pejabat Kesihatan Seremban, Cosmo Point, Klinik Pakar Kanak-Kanak, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pejabat Felda, Wisma Negeri, Masjid Negeri, Giat Mara Rasah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Wisma Perkeso.

Ia turut melalui Pasar Besar Seremban, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Kraftangan, Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Berhad, Pejabat Pos Besar Seremban, KTM Seremban, Majlis Perbandaran Seremban dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Tambang yang dikenakan bagi laluan Seremban ialah RM1.60.

MyBAS merupakan satu daripada 45 manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan  Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bertujuan untuk menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar dengan lebih efisyen.

Setakat ini, myBAS yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU), mempunyai 107 bas yang beroperasi dan mampu menampung seramai 65 penumpang pada satu masa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MyBas

Kategori