Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kerajaan PN Prihatin, Tak...

BELURAN - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah sebuah kerajaan prihatin yang memikirkan masalah...

Kemungkinan Gelombang Keempat Susulan...

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan rakyat Malaysia mengenai kemungkinan...

“Jangan Ada Campur Tangan...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tiada...

Caj Plastik 20 Sen...

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar...

Lan Pet Pet Tunai Haji Sambil Sambut ‘Anniversary’

BERTUAH sungguh pasangan bahagia, pelawak Lan Pet Pet dan isterinya, Ruby Che Wan.

Bukan sahaja mereka dapat menunaikan ibadah haji bersama-sama tahun ini, malah tarikh mereka menyempurnakan rukun Islam kelima itu kebetulan sama dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan!

Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad memberitahu berita gembira itu menerusi gambar terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Alhamdulillah… Ini hadiah dari Allah mendapat panggilan Haji pada hari Ulangtahun Perkahwinan kami. Hari ni kami berangkat ke Tanah Suci menunaikan Haji 2017. Dikesempatan ini, saya bersama isteri memohon AMPUN dan MAAF sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan melalui perbuatan mahupun lisan yang pernah kami lakukan selama anda mengenali kami…🙏🏻 . Mohon doakan kami selamat pergi dan balik, di kurniakan kesihatan yg sempurna dan kekuatan Rohani dan Jasmani sepanjang menunaikan segala ibadah dan ziarah dan memperoleh Haji mabrur serta Redha Allah swt.🙏🏻 . Insya Allah kami akan doakan kesejahteraan dan kebaikan utk Seluruh Umat Islam sedunia. Semoga Allah menjemput anda yg belum menunaikan Haji pd thn akan dtg insya Allah. 🙏🏻 . Labaikallah …

A post shared by Lanpetpet Lan (@lanpetpet) on

“Alhamdulillah. Ini hadiah dari Allah mendapat panggilan Haji pada hari ulang tahun perkahwinan kami. Hari ni kami berangkat ke Tanah Suci menunaikan Haji 2017.

“Dikesempatan ini, saya bersama isteri memohon AMPUN dan MAAF sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan melalui perbuatan mahupun lisan yang pernah kami lakukan selama anda mengenali kami.

“Mohon doakan kami selamat pergi dan balik, dikurniakan kesihatan yang sempurna dan kekuatan rohani dan jasmani sepanjang menunaikan segala ibadah dan ziarah dan memperoleh Haji mabrur serta Redha Allah SWT.

“Insya Allah kami akan doakan kesejahteraan dan kebaikan untuk seluruh umat Islam sedunia. Semoga Allah menjemput anda yang belum menunaikan Haji pada tahun akan datang insya Allah. Labaikallah,” tulisnya.


Dalam pada itu, isterinya yang merupakan adik aktres Rozita Che Wan, Rubytah Abu Bakar @ Che Wan turut berkongsi foto terbaharu mereka di tanah suci beberapa jam lalu.

“Alhamdulillah selesai Umrah pertama kami. Syukur Allah mudahkan segala urusan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Semua kemudahan Allah beri atas doa anda semua,” tulisnya ringkas.

Lan dan Ruby telah mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2008. – MYNEWSHUB.CC

Kategori