Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tegur Larang Merokok, Wanita...

SEORANG ibu dan anaknya menempuh detik cemas apabila diserang oleh seorang lelaki di...

Doktor ‘Derma’ Sperma Sendiri...

SEORANG pakar kesuburan dari Ottawa, Kanada dituduh menggunakan air maninya sendiri untuk menghamilkan...

Novelis Parah, Anak Cedera...

SEREMBAN - Seorang novelis dan anak lelakinya cedera ditetak selepas bergelut dengan penyamun...

Dua Lagi Jemaah Haji...

MAKKAH - Dua lagi jemaah haji meninggal dunia di Mina,  menjadikan jumlah kematian...

Langgar Syarat Lesen: 6 Bot Nelayan Ditahan

JOHOR BAHRU – Enam bot nelayan tempatan ditahan di perairan timur Johor, semalam, kerana didapati menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata tiga daripada bot itu adalah bot jenis kelas B manakala yang lain kelas C.

Kesemua bot itu membawa seramai 30 kru terdiri daripada empat warga Indonesia dan 26 rakyat tempatan berumur antara 20 dan 50-an.

Paul berkata kegiatan terbabit dikesan pasukan peronda PPM antara pukul 11 malam (19 Ogos) hingga 2 pagi semalam di kedudukan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di perairan Kuala Sedili-Endau.


“Ketika dikesan, semua nelayan sedang leka menjalankan aktiviti penundaan ikan dan mereka ditahan mengikut Sekyen 8 Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari kawasan pantai.

“Penundaan ikan di kawasan persisiran pantai adalah dilarang kerana akan merosakkan ekosistem marin,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori