Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Diarah Bayar Denda Kerana...

PARIS - Seorang wanita yang memakai burkini untuk mandi di kolam sebuah penginapan...

Pengendali Makanan Sebabkan Keracunan...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan akan menyenarai hitam mana-mana syarikat atau pengendali makanan...

Pesawat Tentera Sri Lanka...

COLOMBO - Sebuah pesawat tentera Sri Lanka terhempas berhampiran ibu negara, Colombo, mengakibatkan...

Tiket Pembukaan Para ASEAN...

KUALA LUMPUR - Peminat sukan tanah air boleh menyaksikan acara gilang gemilang pembukaan...

Layak Ke Suku Akhir Namun Kecewa Prestasi Pemain

ALOR SETAR – Kejayaan Kedah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia melegakan jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff namun mengakui sedikit kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak buahnya.

Mohd Nidzam berkata dia berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh Kedah ketika menewaskan UiTM FC 1-0 di Stadium Darul Aman malam tadi, namun banyak peluang untuk jaringkan gol, gagal disudahkan oleh pemain.

“Pemain sudah tahu kemampuan pihak lawan, jadi sepatutnya mereka perlu memperkemaskan gerakan dan meningkatkan prestasi semasa di padang dan saya lihat corak permainan juga menurun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan malam tadi.

Kedah, juara edisi 1990, 1993 dan 2007, menewaskan UiTM FC 1-0 menerusi sepakan yang disempurnakan pemain import dari Kosovo, Liridon Krasniqi pada minit ke-23.

Kemenangan itu membolehkan Kedah mengumpul 12 mata, diikuti Kelantan dan Melaka United masing-masing dengan enam mata dan UiTM FC di tempat terakhir dalam Kumpulan C dengan tiga mata.

Mohd Nidzam berkata dia berharap kesebelasan utama pemain akan dapat turun beraksi menentang Kelantan di halaman sendiri pada 9 Sept nanti berikutan terdapat beberapa pemain yang masih dibelenggu kecederaan.


“Perlawanan malam ini, ada beberapa pemain yang tidak diturunkan kerana sedang dalam proses pulih daripada kecederaan. Ken Ilso juga tidak dapat turun beraksi kerana mengalami kecederaan hamstring.

“Namun, saya harap dalam masa terdekat ini dia (Ken Ilso) sihat sepenuhnya dan dapat turun bermain bagi membantu pasukan untuk menang pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nidzam berkata dia berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh penjaga gawang, Mohd Farhan Abu Bakar yang berjaya menepis tendangan pihak lawan. – BERNAMA

Kategori