Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Pemandu Trak Beragama...

DUA pemandu trak beragama Islam di Illinois dianugerahkan $240,000 selepas mereka dipecat oleh...

Kim K Jadi Sensasi...

SOSIALIT terkenal, Kim Kardashian West sekali lagi meraih perhatian penduduk dunia dengan gambar...

Birthday Wishes for Brother

When you might have created on assortment of matters then it'll be definitely...

Mastura Bukan Calon Paksaan...

KUALA KANGSAR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Lebih 10,000 Dijangka Hadir Rai Hari Malaysia

KOTA KINABABALU – Lebih 10,000 rakyat mewakili  pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan belia, kakitangan awam serta individu  dijangka membanjiri Kompleks Sukan Kota Kinabalu sempena sambutan Hari Malaysia 2017 pada 16 September depan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun  berkata sambutan  bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ yang dihoskan Sabah itu akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Bagi pihak kerajaan Sabah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia kerana bersetuju menaja kos sambutan Hari Malaysia pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa sambutan acara itu di sini, hari ini.

Beliau yang juga pengerusi bersama Sambutan Hari Malaysia 2017 tahun ini berkata selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk  Seri Musa Aman, turut dijemput ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari  Tun Openg.

Katanya, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pula akan menjadi tetamu khas pada majlis sambutan berkenaan.

Masidi berkata, lebih 1,200 individu akan terlibat dalam pelbagai persembahan istimewa yang lebih santai ketika acara kemuncak sambutan pada malam berkenaan.


“Selain kehadiran tetamu istimewa kita seperti perdana menteri dan ketua menteri,  kita juga mahu rakyat menyambut perayaan ini dengan rasa selesa. Kita mahu mereka datang bukan semata-mata sebagai tetamu jemputan tetapi untuk mereka merasakan perayaan itu adalah milik mereka sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata walaupun sambutan Hari Malaysia merupakan acara tahunan, namun  pengisian sambutannya akan ada tokok tambah untuk dinikmati serta memuaskan pengunjung yang hadir.

Beliau berharap sambutan Hari Malaysia akan sentiasa menjadi ‘penyubur’ berterusan kepada semangat cintakan Malaysia dalam kalangan rakyat di negara ini.  – BERNAMA

Kategori