Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

PRamleeTheLegend #SenimanMelayuMangsaCina

SAYA baca kenyataan David Teo mengenai P. Ramlee. Kebetulan komen pedih itu tersiar pada...

Bali Dibuka Semula Kepada...

JAKARTA : Pulau percutian Bali di Indonesia akan mula mengalu-alukan kembali pelancong dari...

Cekap Menjahit Pakaian Dengan...

MACHANG - Tanpa kedua-dua tangan dan hanya menggunakan kaki, bapa kepada tiga anak...

Minta Wang: SPRM Sedia...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Polis...

Lebih 12 Juta Rakyat Manfaat Kemudahan UTC Melaka

MELAKA – Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka telah memberikan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan kepada lebih 12.79 juta rakyat negara ini sejak ia beroperasi pada Jun 2012 hingga Jun tahun ini.

Pengurusnya Siti Aisyah Mahmood berkata untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini pula pusat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk rakyat di bawah satu bumbung itu telah berkhidmat kepada lebih 1.25 juta pengguna.

“Secara purata UTC ini menerima lebih 200,000 pengunjung sebulan yang berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan serta swasta, ternyata pusat perkhidmatan sehenti ini menjadi lokasi pilihan untuk menyelesaikan pelbagai urusan.

“Transformasi infrastruktur dan kemudahan di UTC ini berjaya meningkatkan jumlah pengunjung setiap hari sekali gus mampu mencatat jumlah pengunjung yang besar dan meningkat setiap tahun,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kedudukan UTC dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta di bawah satu bumbung memudahkan pelanggan menyelesaikan urusan mereka dalam tempoh yang cepat.

“Suatu ketika dahulu orang ramai sukar berurusan dengan agensi kerajaan kerana lokasinya berselerak, namun kini pengunjung boleh membuat banyak urusan di dalam satu bangunan dan hanya mengambil masa tidak sampai sehari,” katanya.

Siti Aisyah berkata tiga agensi kerajaan yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung ialah Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.

“Sehingga kini, UTC ini mempunyai kira-kira 300 anggota tenaga kerja sektor awam dan swasta yang sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan-pelanggan kami,” katanya.


UTC Melaka bernilai RM20 juta itu merupakan UTC pertama diwujudkan di negara ini dan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Jun 2012.

Berkeluasan 12,995 meter persegi dan terletak di Jalan Hang Tuah di sini, bangunan sembilan tingkat itu kini menempatkan 49 agensi kerajaan dan swasta, mula beroperasi pada 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Menurut Siti Aisyah melalui penyediaan 18 UTC di seluruh negara jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kualiti hidup yang tinggi di kawasan bandar dan luar bandar dipermudahkan untuk semua rakyat.

“Tidak dinafikan bukan tugas yang mudah pada peringkat awal untuk mengumpulkan pihak kerajaan dan swasta di bawah satu bumbung, namun melalui Strategi Lautan Biru (NBOS) di bawah kepimpinan perdana menteri (Najib) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, kerjasama strategik ini berjaya dilaksanakan.

“Dengan adanya strategi ini juga membuktikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat,” katanya. – BERNAMA

Kategori