Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Wabak Rabies Ragut Nyawa...

SHAH ALAM - Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut nyawa mangsa ke-21...

Beku Ambil Pekerja Asing,...

PETALING JAYA - Perniagaan dan industri, sudah pun merasai bahang akibat cabaran kewangan...

Perkataan ‘Badut’ Buat Pemain...

PERKATAAN badut membuatkan pemain-pemain Manchester United bangkit menewaskan pandahulu liga Sabtu lalu. United menewaskan...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini disokong...

Lelaki Maut Dipercayai Ditikam Dalam Premis

PASIR MAS – Seorang lelaki maut dipercayai ditikam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika mangsa sedang makan di sebuah premis makanan segera di Rantau Panjang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Ibrahim Saad berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.45 petang ketika mangsa yang berumur 35 tahun bersama rakan wanitanya yang berusia 20an sedang makan di tingkat atas premis tersebut.

“Mangsa dipercayai ditikam di bahagian dada dan belakang badan dengan sebilah pisau oleh suspek yang tidak dikenali berusia 30an,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.

Ibrahim berkata suspek yang membawa bag galas menghampiri mangsa dan sempat bercakap beberapa patah perkataan sebelum mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa.

Beliau berkata selepas ditikam, mangsa terus berlari turun ke tingkat bawah premis  tersebut  untuk  mendapatkan bantuan sebelum rebah di atas tangga manakala suspek melarikan diri melalui pintu belakang premis berkenaan.


“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dan bagi siasatan awal, polis sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut,” katanya.

Katanya polis kini memburu suspek dengan membuat sekatan jalan raya di Cabang Empat Salam dan di Lalang Pepuyu di sini, serta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi polis. – BERNAMA

Kategori