Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kemelut MIC: Palanivel Gantung...

KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menggantung keahlian Timbalannya, Datuk...

Kenaikan Pangkat Perlu Lepasi...

PUTRAJAYA - Urusan pelantikan dan penempatan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam termasuk ketua setiausaha...

LG G5 Hadir Dengan...

PENGHUJUNG Februari 2016 ini, dua peranti baru dijangka mencuri perhatian, iaitu Samsung Galaxy...

Awas! Niena Baharun Beri...

PELAKON Niena Baharun memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjwab menyalahgunakan gambar atau...

LHDNM Lancar Operasi Lawatan Banci Bisnes

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini melancarkan Operasi Lawatan Banci Bisnes (LBB) bagi meningkatkan tahap pemahaman masyarakat mengenai cukai pendapatan.

LHDNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, operasi yang dianjurkan oleh LHDNM Cawangan Bangi dan Jabatan Perisikan dan Profiling itu mensasarkan kawasan yang berpotensi di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.

Seramai 80 petugas terlibat dalam operasi selama dua hari itu dan sebanyak 700 premis telah dikenal pasti untuk dilawati di sekitar kawasan tersebut.

“LBB adalah salah satu pendekatan atau strategi berterusan LHDNM dalam rangka pembesaran asas cukai untuk mengenal pasti individu mahupun perniagaan yang berpotensi didaftarkan sebagai pembayar cukai,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDNM, Abdul Manap Dim dalam kenyataan tersebut.


Menurutnya, usaha tersebut bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kadar pematuhan cukai dalam kalangan pembayar cukai dan dalam masa yang sama mereka juga akan mendapat informasi semasa berkaitan perubahan dan pindaan percukaian yang secara tidak langsung akan mengurangkan kadar ketidakpatuhan dan pelarian cukai. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LHDNM

Kategori