Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Masjidil Al-Aqsa Dikepung Polis...

BAITULMAQDIS - Masjidil Al-Aqsa kembali dibuka selepas dikepung polis Israel selama beberapa jam...

Inti Pati Rancangan M’sia...

KUALA LUMPUR - Berikut ialah inti pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), yang dibentangkan...

Jangan Keluarkan Kenyataan Berbaur...

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai...

Bakal Guru Maut, 2...

KEMAMAN - Hasrat tiga bakal guru untuk menyambut Aidiladha di kampung halaman tidak kesampaian...

Lima Bulan Berlalu, Kini Nora Terima Kenyataan

SIAPA yang tidak kenal dengan lontaran vokal lagu Di Persimpangan Dilema nyanyian Nora Ariffin itu? Rasa-rasanya lagu itu masih menjadi lagu wajib karaoke bagi kebanyakan orang.

Umum mengetahui lima bulan lepas Nora telah kehilangan suaminya, Johan Nawawi. Namun selama tempoh itu, Nora banyak diam diri dari industri dan lebih banyak memuat naik gambar dan video throwback bersama arwah suami.

Kini, setelah lima bulan, penyanyi 44 tahun itu sudah boleh menerima hakikat tentang pemergian insan tersayang daripada hidupnya. Dia juga sudah mula bertekad untuk terus kuat meneruskan kehidupan demi keluarga dan anak-anaknya.

“Lima bulan yang saya lalui memang satu tempoh masa yang sangat sukar kerana setiap hari teringatkan dia (Johan) sehingga ada rakan-rakan yang menegur mata saya sering bengkak kerana menangis.

“Sehingga ada satu masa saya kumpul semua baju-baju persembahan saya untuk diberikan pada orang kerana ia mengingatkan saya kepada arwah.

“Tapi sekarang saya mula sedar dan berfikir jika terus menangis ia tidak akan boleh mengembalikan orang yang sudah meninggal dunia,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Nora bakal tampil membuat persembahan sulungnya selepas suaminya Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac lalu di program Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah anjuran TV AlHijrah pada 27 Ogos ini.

“Memang ada jemputan untuk persembahan pentas, namun saya terpaksa tolak kerana masih tidak bersedia sehingga pihak AlHijrah hubungi saya.


“Saya rasa ini masa yang paling tepat kerana program ini juga bertujuan yang baik iaitu memberi kesedaran orang ramai tentang kesusahan yang dihadapi oleh warga Palestin,” ujarnya.

Nora juga ada memuat naik satu posting di laman Instagramnya sebagai tanda permulaan lembaran baharu kisah kehidupannya.

“Saya boleh berkawan dengan lelaki lain tapi ia pasti tidak akan sama dengan arwah kerana dia sangat istimewa dalam hidup saya,” katanya apabila soal kekosongan hatinya diutarakan.

Diharapkan Nora tabah menjalani kehidupan mendatang dan kembali aktif dalam industri hiburan. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori