Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kastam Mohon Maaf Tak...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memohon maaf apabila terlepas pandang untuk...

UniKL Tidak Berhasrat Iktiraf...

BERA - Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak berhasrat untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu...

Budak Tersepit Pagar Tembok...

KAJANG - Kanak-kanak berusia 7 tahun yang menghidap penyakit autisme dan epilepsy tersepit...

Little Tokyo Blok M...

JAKARTA - Lokasi pusat hiburan di Jakarta Selatan yang mendapat jolokan sebagai Little...

Lima Pelajar Lemas Ketika Sambut Hari Lahir

COLOMBO – Lima pelajar yang sedang bercuti disahkan maut, manakala seorang lagi dilaporkan masih hilang selepas bot yang mereka naiki karam ketika mengelilingi kepulauan kecil di sekitar Jaffna.

Polis dalam satu kenyataan berkata, semua mangsa yang berusia antara 19 hingga 20 tahun itu sedang mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran apabila nahas itu berlaku.

Hanya seorang penumpang terselamat dan pasukan penyelam tentera laut masih meneruskan operasi mencari seorang mangsa yang masih hilang.

Semua mayat juga dilaporkan sudah dibawa ke hospital Jaffna, kira-kira 400 kilometer di utara ibu negara itu.

Tragedi ini adalah yang terburuk di Jaffna yang juga antara lokasi perang saudara selama 37 tahun di Sri Lanka, selepas kemalangan membabitkan sebuah trak dan bas Disember tahun lalu, yang meragut 10 nyawa. – AFP/BH ONLINE

Kategori