LIVERPOOL menyempurnakan tugasan menundukkan Hoffenheim di Anfield pada malam Rabu bagi membuka laluan ke Liga Juara-Juara peringkat kumpulan dengan kemenangan agregat 6-3.
The Reds melonggarkan ikatan dalam tempoh 21 minit pertama apabila Emre Can menyumbat gol dua kali sekaligus menjadikan pasukan itu mendahului permainan 2-1.
Pasukan Jurgen Klopp tidak dapat ditahan dan turut terancam pada masa yang sama. Sejauh mana The Reds dapat menerima andaian itu secara terbuka masih menjadi persoalan.
Tetapi daripada segi tontonan, Anfield adalah tiket panas dan pada malam Rabu, ia sesuatu yang mustahil untuk mengendahkan permainan cantik yang dipersembahkan oleh Liverpool.
Pada akhirnya, skor agregat 6-3 amat memadai untuk mereka. Liverpool dua kali lebih baik berbanding Hoffenheim.
Sementara itu, Hoffenheim pula cukup menghampakan – permainan mereka tidak teratur dan kacau-bilau di bahagian belakang. Mereka turut mensia-siakan tiga kali peluang menjaringkan gold pada 45 minit pertama.
Manakala, Liverpool pula mengawal bola dengan cemerlang, terlalu baik untuk Hoffenheim dan kelihatan mampu menghasilkan gol setiap kali mereka mengawal permainan. – Daily Mail Sport/mStar Online