Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Elak Gosip, Adi Putra...

SETELAH beberapa kontroversi melanda, Adi Putra mengumumkan hasrat untuk mengundur diri dari dunia...

Semua Penjawat Awam Celik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasar untuk memastikan semua penjawat awam adalah celik digital...

Dewan Negara: Kerajaan Perlu...

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran bersikap terbuka dengan cadangan untuk memberikan pilihan kepada...

Zon Merah Covid-19 Kekal...

ZON merah Covid-19 di seluruh negara kekal 27 dan tiada pertambahan kawasan baharu...

Mahathir Kantoi Isu Lulus Beli Kapal Selam TLDM

SELEPAS kantoi dalam beberapa isu panas, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi malu besar apabila isu pembelian kapal selam Scorpene yang cuba diperbesarkannya memakan diri sendiri.

Malahan isu pemerolehan dua buah kapal selam dan sebuah kapal selam latihan untuk operasi Tentera Laut Ditaja Malaysia (TLDM) itu mendapat ‘lampu hijau’ oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1995 lalu.

Tanpa menamakan nama mereka, bekas pegawai penyiasat ketenteraan, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff jelas merujuk Mahathir dan Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan pada ketika itu.

Beliau bahkan membidas penafian bekas perdana menteri itu yang menyatakan konon tidak tahu mengenai pembelian Scorpene sungguhpun kontrak pembelian ditandatangani pada 2002 setelah diizinkan Mahathir sendiri.

“Mahathir boleh memperbodohkan pemuda mentah seperti Ketua Armada PPBM, Syed Sajat (iaitu merujuk kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman). Mereka yang lebih matang tentu mengetahui perkara yang sebenar.

“Lampu hijau bagi pembelian Scorpene diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak 1995 lagi. Saya biarkan anda teka nama mereka. Rundingan dilakukan mengikut prosedur kontrak perolehan pertahanan,” katanya.

Abdul Rahmat dipetik menerusi blognya, Seademon Says. Mahathir baru-baru ini menyatakan konon hanya tahu isu pembelian Scorpene selepas melepaskan jawatan pada 2003 dan tidak pernah dibincang dalam mesyuarat Kabinet.

“Kapal selam itu kita tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tiada duit, kosnya tinggi. Tetapi tiba-tiba setelah saya bersara, saya dapat tahu menteri pertahanan sudah buat pesanan untuk dapat dua buah Scorpene,” kata Mahathir.

Kenyataan tokoh tersebut merujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan menteri pertahanan pada waktu tersebut. Menyifatkan kenyataan itu sebagai ‘U-turn’, Abdul Rahmat berkata Mahathir cuba putar belit isu.

Ia cuba menjadikan isu kapal selam itu sebagai kontroversi menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir bagi dikatikan dengan Najib sekali gus menghasut rakyat untuk berterusan membenci kerajaan Barisan Nasional.


Seorang pemerhati politik, Rosman Bistamam ketika mengulas isu Scorpene bertajuk “Apakah Tun M tidak menyedari pembelian kapal selam?” menyatakan Mahathir sememangnya mengetahui pembelian kapal selam  itu.

Begitu juga semua menteri kabinet serta seluruh ahli parlimen dan menimbulkan persoalan cepumas apakah Mahathir sudah sehingga tidak lagi menyedari pembelian kapal selam Scorpene dan menyalahkan Najib pula?

“Pembelian kapal selam Perancis ini antara perkara penting kerana melibatkan soal keselamatan negara. Seperti isu lain berada dalam kategori itu, ia melalui proses sama sehingga kontrak pembeliannya ditandatangani pada 2002.

“Ketika itu, Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidakkah salah seorang daripada mereka mengetahui secara terperinci butiran perjanjian jual beli itu?

“Persoalannya mengapakah seperti tutup mata dan buat macam tidak tahu apa-apa?” soal Rosman seraya pertikai penafian Mahathir sambil berkata, tidak logik pembelian aset besar negara dilakukan oleh Najib secara rahsia.

“Peliknya Najib telah diminta menjelaskan butiran pembeliannya di Parlimen seperti hanya beliau seorang sahaja yang tahu,” katanya lagi. Isu ini pernah menjadi panas apabila cuba dijadikan bahan kempen politik pembangkang.

Ini termasuk mengaitkan sekali Datuk Abdul Razak Baginda konon sebagai orang tengah dan model Mongolia, Altantuya Shaariibu walhal wanita itu tidak pernah ke Perancis menjadi jurubahasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori