Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tan Sri SM Salim...

PENYANYI lagenda negara, Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh...

Muhammad Adib Tidak Lagi...

KUALA LUMPUR - Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah selepas...

Banduan Larikan Diri Diberkas...

TAWAU - Banduan kes rogol yang melarikan diri ketika hendak dibawa ke Penjara...

Zul Ariffin Dan Ibu...

Penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai yang baru sahaja menyambut hari lahirnya telah berkongsi gambar...

Majlis Keselamatan PBB Kutuk Korea Utara

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk pelancaran peluru berpandu terbaharu Korea Utara dan menggesa tindakan sedemikian segera dihentikan, lapor agensi berita China Xinhua.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, majlis berkenaan menegaskan bahawa tindakan Korea Utara itu bukan sekadar ancaman kepada rantau ini, tetapi kepada semua negara anggota PBB.

“Tindakan Korea Utara membedil peluru berpandu melepasi kepulauan Jepun seolah sengaja hendak menggugat keamanan serta kestabilan serantau dan mencetuskan kebimbangan serius mengenai keselamatan di seluruh dunia,” jelas kenyataan itu.

Majlis Keselamatan menuntut Korea Utara tidak lagi meneruskan sebarang pelancaran peluru berpandu balistik dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan.

Pada masa sama Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat mahu Majlis Keselamatan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung isu peluru berpandu Korea Utara.


Majlis Keselamatan menuntut Korea Utara terus menghentikan semua aktiviti program nuklear sedia ada dan tidak melakukan sebarang ujian senjata nuklear pada masa depan atau membuat sebarang provokasi.

Selain itu, Majlis Keselamatan mahu semua negara anggota PBB “tegas dan segera melaksanakan semua resolusi Majlis Keselamatan berkaitan dengan Korea Utara.” – BERNAMA

Kategori