Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Menakutkan.. Penumpang Terakam...

SEORANG penumpang yang dalam penerbangan dari Singapura ke Seoul, Korea Selatan mengejutkan ramai...

Acara Larian, Maraton Berpotensi...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata acara larian dan...

Gesaan Campur Tangan Asing...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

30,000 Penduduk Dijangka Sertai...

KUANTAN - Kira-kira 30,000 penduduk Pahang dijangka memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN)...

Mak Cik Kira Laju Belanja Kalau Salah

PENGALAMAN berniaga selama 32 tahun membolehkan Bibi Ana Abdul Wahid cekap mengira bil pelanggan yang makan di kedainya tanpa menggunakan kalkulator.

Warga emas berusia 52 emas itu malahan mendapat gelaran ‘mak cik kira laju’ kerana pengiraannya yang mungkin sepantas mesin pengira automatik.

‘Mak cik kira laju’ ini dikatakan akan menyebut satu persatu makanan yang ditempah pelanggan dengan jelas. Katanya untuk memuaskan hati pelanggan selain boleh dibuat pembetulan jika tersalah membuat pengiraan.

“Bisnes lama dah, makcik masak, makcik jual dan makcik kira…semua menu dan harga makcik tahu belaka.

“Bila nak mengira makcik rasa lagi senang guna ‘kepala’, pen dan kertas pun lambat,” ujarnya.

Dengar-dengarnya wanita ini mempunyai cara dan formula sendiri untuk mendapatkan pengiraan yang mudah, cepat dan tepat. Haaa.. .bagaimana tu?

Memetik laporan sebuah akhbar, wanita ini menggenapkan harga setiap makanan dan minuman yang dijual di kedainya kepada sifir lima.

“Contohnya harga minuman dan makanan di sini semuanya makcik letak RM2, RM2.50, RM3, RM3.50 dan seterusnya, tak ada RM2.60, RM2.70 atau RM2.80,” katanya.

Semasa pengiraan dilakukan, Bibi Ana tidak menggunakan titik perpuluhan bagi memudahkan congak sehingga ada yang menyangka harga makanan yang dijualnya mahal. Dia juga akan mengira dengan suara yang kuat.

“Pernah pelanggan ingat harga makanan dan minuman yang dipesan adalah RM360, padahal harga sebenarnya RM36 sahaja.


“Mungkin sebab dia ingat lauk kambing yang dimakannya tu mahal dan dia pun betul-betul keluarkan duit RM300 dan teraba-raba cari lagi RM60,” tambahnya lagi.

Kedai Makan Bibi yang terletak di Kuala Terengganu ini menawarkan pelbagai hidangan menarik seperti nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak, pulut kuning, lontong dan banyak lagi.

“Walaupun kedai ini dibuka untuk makan pagi, tapi menunya ada banyak pilihan jadi pengiraan mesti cepat,” katanya.

Bibi Ana turut berkongsi pengalamannya apabila terdapat pelanggan yang tidak percaya dengan pengiraanya dan meminta untuk mengira semula.

“Biasanya orang luarlah, orang sini dah tahu dah. Kalau berlaku macam tu makcik akan tunjuk harga di menu dan ulang kira seperti yang diminta.

“Alhamdulillah setakat ini tak ada salah lagi, kalau salah beritahu makcik, makcik belanja makan,” katanya memberi jaminan.

Sesiapa yang teringin melihat cara pengiraan yang agak unik ni, bolehlah singgah di Kedai Bibi tu ya. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori