Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Banyak Kicauan Burung Boleh...

JAKARTA - Sekumpulan penuntut Indonesia berjaya memajukan peranti yang dapat meningkatkan lagi produktiviti...

Hasanah Lapor Polis Dakwaan...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul...

Kapasiti Jemaah Umrah Dinaikkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi...

Pembelaan Akan Mohon Pengampunan...

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat membuat permohonan...

Malaysia Kutip 3 Emas, 1 Perak Dalam Sukan Karate

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini menambah koleksi pingat apabila meraih tiga kilauan emas dan satu pingat perak daripada enam acara sukan karate yang dipertandingkan hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Malaysia membuka langkah dengan cemerlang apabila menewaskan Indonesia bagi kedua-dua acara kata individu wanita dan lelaki.

Ia menyaksikan peserta negara Celine Lee Xin Yi menundukkan Sisilia Agustiani Ora dengan mata 5-0 manakala Lim Chee Wei menewaskan Ahmad Zigi Zaresta Yuda dengan kutipan mata 3-2.

Tidak terhenti di situ sahaja, atlet negara terus mencipta kemenangan lagi menerusi acara kumite lelaki bawah 60kg yang menyaksikan S. Senthil Kumaran bersaing sengit sebelum menewaskan Jayson Ramil Macaalay dari Filipina dengan mata 5-3.

Bagi acara kumite wanita atas 68kg, perak milik peserta negara Pressy Misty Philip yang tewas tipis 3-4 kepada Nguyen Thi Hong Anh dari Vietnam.

Menyifatkan kemenangan sebagai hadiah paling bermakna buat keluarga, Celine berkata ia merupakan satu pencapaian peribadi bagi mengharumkan nama negara.

“Bukannya mudah untuk mengalahkan lawan tetapi saya selalu ingat bahawa saya berjuang untuk keluarga, untuk diri sendiri dan untuk Malaysia,” kata Celene kepada pemberita selepas tamat perlawanan di sini hari ini.


Sementara itu, Chee Wei mengganggap kemenangan itu amat berbaloi kerana tidak mudah baginya untuk menewaskan musuh tradisi dari Indonesia itu.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha keras, fokus serta latihan selama ini,” katanya.

Bagi Senthil Kumaran pula, beliau akan menjadikan kejayaan ini sebagai platform baginya untuk memantapkan diri dalam acara itu untuk terus mewakili negara. – BERNAMA

Kategori