Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

MRT Kebanggaan Negara, Pemangkin...

KUALA LUMPUR — Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) perlu dilihat sebagai satu kebanggaan...

Uqasha Sedia Ganding Dengan...

PELAKON cantik, Uqasha Senrose dan aktor kacak Hafidz Roshdi terdahulu menggemparkan media sosial...

Kecoh Kisah Donald Trump...

MENGEJUTKAN apabila Donald Trump yang disifatkan antara pemimpin paling berkuasa di dunia bertanggapan...

KPM Ambil Berat Isu...

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius isu yang membabitkan keselamatan murid...

Malaysia Raih 2 Emas Acara Renang Terbuka 10km

PUTRAJAYA – Dua perenang negara, Kevin Yeap Soon Choy dan Heidi Gan melakar sejarah apabila menyumbang pingat emas kelima dan keenam untuk pasukan Malaysia di sini hari ini.

Mereka berdua masing-masing unggul mengharumkan nama negara dalam Sukan SEA 2017 menerusi acara renang terbuka 10 kilometer untuk kategori lelaki serta wanita yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6.

Soon Choy menang bergaya apabila berjaya mengatasi sembilan perenang yang mengambil bahagian dalam kategori lelaki manakala Heidi pula berada di tempat pertama dalam kalangan 10 peserta wanita.

Lebih manis, ia merupakan emas pertama buat Soon Choy dalam acara renang terbuka sejak beralih ke acara ini sejak tahun lalu. Perenang kelahiran Perak itu turut mengumumkan ia adalah perlumbaan terakhirnya.

Ini kerana dia sudah mengambil keputusan untuk bersara: “Saya mahu bersara dalam kejayaan.” Perenang berusia 28 tahun itu menamatkan perlumbaan terakhirnya itu dengan catatan 2:03.18 saat.


Sementara itu, pengalaman Heidi pernah beraksi dalam dua edisi Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia FINA membenarkan dirinya mampu mendominasi acara tersebut.- Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori