Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Bajau Laut Ditahan...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya etnik Bajau Laut, ditahan...

KJ Yakin Sasaran 8...

KOTA KINABALU - Kemenangan luar jangka emas pertama negara menerusi acara wushu pada...

Video: Pegawai Imigresen Wanita...

DUA video memaparkan seorang pegawai imigresen wanita membelasah seorang lelaki warga asing ketika satu serbuan...

Polis Buru 2 Lelaki...

SANDAKAN - Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan...

Malaysia Tuai 2 Emas Hari Terakhir Terjun

KUALA LUMPUR – Pasangan Malaysia Leong Mun Yee-Traisy Vivien Anak Tukiet menghadiahkan kilauan emas acara 10m platform seirama wanita pada hari terakhir temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Gandingan emas negara itu mengumpulkan 300.36 mata untuk menduduki tempat teratas daripada empat penyertaan dalam acara itu yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

“Saya agak gemuruh tadi sebab hendak melakukan aksi terbaik di hadapan penyokong tanah air,” kata Traisy yang berusia 23 tahun.

Sementara itu, Mun Yee berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasinya dan bersedia untuk bertanding pada kejohanan lain sekiranya diberi peluang.

Dalam terjunan lima pusingan itu, Mun Yee-Traisy mancatatkan mata konsisten 49.20, 50.40, 64.68, 61.20 dan 74.88.

Pasangan dari Singapura Lim Shen-Yan-Freida Myra Lee Jia Wen meraih kedudukan kedua dengan 256.71 mata manakala Thailand yang diwakili Surincha Booranapol-Titiporn Tonapho membawa pulang pingat gangsa dengan 233.34 mata.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, penerjun negara Hanis Nazirul Jaya Surya yang bergandingan dengan Jellson Jabillin menuai emas terakhir yang ditawarkan dalam acara terjun selepas mengumpul 384.12 mata.


Pasangan emas negara mengumpulkan 48.00, 53.40, 63.00, 73.80, 72.96 dan 72.96 dalam pertandingan enam pusingan.

Pasangan Indonesia Adityo Restu Puta-Andriyan mengatasi penerjun Singapura, Jonathan Chan Fan Keng-Joshua James Chong untuk meraih perak dengan 364.14 mata manakala Jonathan-Joshua merangkul gangsa selepas mengumpul 340.80 mata.

Dengan kejayaan ini, menyaksikan skuad terjun Malaysia menyapu bersih 13 emas yang dipertaruhkan dalam acara ini. – BERNAMA

Kategori