SKUAD wanita negara melakar sejarah apabila menuai pingat emas dan perakĀ dalam acara 3 meter papan anjal di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di ibu negara pai Sabtu.
Ng Yan Yee memulakan kempen skuad terjun negara dengan meraih emas dalam temasya KL2017 apabila mengatasi cabaran rakan senegara, Nur Dhabitah Sabri, yang akur dengan perak
Saingan 3 meter papan anjal yang menampilkan enam penerjun dari Malaysia, Indonesia dan Singapura membuka tirai saingan sebentar tadi yang menyaksikan dominasi penerjun-penerjun negara.
Malaysia yang diwakili Yan Yee dan Dhabitah berjaya mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri berbanding semua pencabar lain dalam Sukan SEA ke-29 kali ini.
Yan Yee tidak memandang ke belakang dan terus mengungguli carta sebaik terjunan pertama untuk merekodkan keseluruhan 342.90 mata selepas lima terjunan.
Dhabitah pula berpuas hati dengan perak apabila mengumpul 311.25 mata.Ā Sementara itu, gangsa milik penerjun Singapura, Ashlee Tan, yang melakukan 233.60 mata. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA