Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pentadbiran Kerajaan Selangor Berjalan...

KUALA LUMPUR - Pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa sehingga Menteri Besar...

Jepun Wajib ‘Penagih Kerja’...

TOKYO - Buat julung kali dalam sejarah, kerajaan Jepun mengumumkan bakal mewajibkan semua...

Tok Mat Calon Terbaik...

Berita tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh...

Hanya Satu Cara, Belanja...

PENGURUS Chelsea Antonio Conte yakin satu-satunya cara untuk terus memberi saingan sengit kepada...

Mangsa Banjir Di Melaka Kekal 94 Orang

MELAKA – Jumlah mangsa banjir di Melaka kekal seramai 94 orang melibatkan 24 keluarga setakat pukul 12 tengah hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa berkenaan masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah Jasin dan Alor Gajah.

“Mangsa yang terjejas dari tiga kampung iaitu Kampung Tehel dan Kampung Tersusun Seri Mendapat di Jasin serta Kampung Seri Jeram di Alor Gajah.

“Tiga pusat pemindahan masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dan Balai Raya Seri Mendapat di Jasin serta Balai Raya Kampung Seri Jeram di Alor Gajah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata keadaan cuaca di negeri itu dilihat baik dan semua mangsa banjir akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekiranya keadaan banjir di kawasan yang terlibat beransur pulih. – BERNAMA

Kategori