Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelacur Guna Pas Pelajar;...

GEORGE TOWN - Lima orang wanita warga Nigeria dan dua orang wanita warga...

Ahli Fizik UKM Dedah...

KETIKA Institut Sukan Negara (ISN) minggu lalu mengesahkan gol ajaib Mohd. Faiz Subri...

Kejayaan Khairul Hafiz Detik...

KUALA LUMPUR – Kejayaan Khairul Hafiz Jantan meraih ‘ibu pingat’ sukan olahraga iaitu...

Suami Pengasuh Didakwa Bunuh...

KAJANG - Seorang tukang gunting rambut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini...

Maqis Rampas 11,700kg Ikan Sejuk Beku

LABUAN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 20 kontena berisi 11,700 kilogram (kg) ikan sejuk beku, dipercayai dimport secara haram dari Vietnam.

Pengarah Maqis Labuan Nazrul Azman Mat Rahim berkata kontena yang mengandungi ikan tilapia sebanyak 2,000kg dan ikan patin seberat 9,700kg bernilai RM66,600.11 ditahan pada 2.30 petang pada 25 Julai lepas di Pelabuhan Labuan Liberty.

“Berdasarkan siasatan kami, pengimport telah melanggar Peraturan-Peraturan dan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya kepada Bernama selepas melakukan pemeriksaan di pelabuhan itu di sini hari ini.

Beliau berkata kontena berukuran 20 kaki itu ditemui berdasarkan usaha risikan di pintu masuk Pelabuhan Labuan Liberty.

Katanya pengimport telah melanggar permit import yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 11(1) akta berkenaan yang boleh didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau tidak lebih daripada enam tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Nazrul Azman berkata sejak 2015, sebanyak tujuh kes direkodkan dengan enam kes telah diselesaikan yang mana pengimport terbabit telah dikompaun.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa salah laku oleh pengimport khususnya kes yang melibatkan permit import, penguatkuasaan kami juga memfokuskan kepada kontena yang menyimpan daging sejuk beku halal dan tidak halal bersama-sama.

“Kami turut berterima kasih dengan Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (pengendali pelabuhan Labuan) atas kerjasama rapat yang diberikan,” katanya. – BERNAMA

Kategori