Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tegur Peguam Kes...

PUTRAJAYA - Seorang hakim Mahkamah Rayuan hari ini menegur peguam mewakili seorang daripada...

Just how to Create...

First you must find out the reason behind your essay, before you may...

Semua Peranan Semarak Semangat...

KUALA LUMPUR — Tanggungjawab menyemarakkan semangat cintakan negara bukan sahaja dipikul kerajaan tetapi...

Nabila Sekat Anak Di...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Nabila Huda, berkongsi cerita lucu apabila mengaku terpaksa menyekat...

Mayat Lelaki Ditemui Terbaring Di Dalam Bilik Hotel

SHAH ALAM – Seorang lelaki ditemui mati dengan keadaan terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik hotel di Seksyen 9 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata mayat lelaki warga tempatan berusia 26 tahun itu ditemui kira-kira pukul 10 pagi ketika pekerja hotel memasuki bilik berkenaan untuk melakukan kerja pembersihan sebelum memaklumkannya kepada pihak pengurusan hotel tersebut.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik tersebut, polis turut menemui dua botol arak dan dua plastik serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin.

“Lelaki itu sepatutnya mendaftar keluar dari bilik hotel petang semalam, namun dia tidak berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafien berkata mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

Kategori