Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MARDI Bakal Mulakan Projek...

KEPALA BATAS - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bakal memulakan projek...

Air Pasang Besar: Jumlah...

SHAH ALAM - Jumlah mangsa akibat fenomena air pasang besar yang ditempatkan...

Perak Man Akhirnya Miliki...

KUALA LUMPUR - Perak Man, rangka manusia tertua berusia 11,000 tahun yang ditemukan...

Kobe Bryant Terbunuh Nahas...

SACRAMENTO - Legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant terbunuh selepas helikopter peribadinya...

Mayat Warga Asing Ditemui Di Tepi Lebuh Raya

JOHOR BAHRU – Mayat seorang warga asing ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan di Km 89.5 arah utara berhampiran Yong Peng, Batu Pahat awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu sama ada merupakan mangsa bunuh atau nahas jalan raya pada 3 pagi.

“Mayat ditemui terbaring di atas rumput di tepi lebuh raya dengan kesan luka di bahagian leher dan badan.

“Polis turut menemui satu telefon bimbit di dalam poket seluar mayat dan pemeriksaan mendapati telefon bimbit berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki rakyat Nepal,” katanya menerusi satu kenyataan.

Abdul Wahib berkata polis kemudiannya berhubung dengan majikan lelaki berkenaan dan diberitahu dia masih hidup dan bekerja di Shah Alam, Selangor.

Beliau berkata lelaki Nepal itu turut mengesahkan dia tidak tahu mengenai nombor telefon tersebut yang didaftarkan atas namanya dan tidak kenal dengan orang yang menggunakannya.

Katanya lelaki Nepal itu turut memaklumkan tiada kawan atau saudaranya yang hilang setakat ini.

“Pemeriksaan di atas lebuh raya pula mendapati terdapat kesan seretan berukuran kira-kira 50 meter hingga ke tempat mayat dijumpai.

“Turut dijumpai di tempat tersebut dipercayai pecahan lampu kenderaan yangt bertaburan, namun tidak dapat dipastikan jenis kenderaannya,” katanya.


Abdul Wahib berkata mayat itu berbaju hitam dan putih serta berseluar hitam.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat bagi memastikan sama ada mangsa mati akibat dibunuh atau kemalangan jalan raya.

Katanya berdasarkan pemeriksaan awal ke atas mayat, pakar patologi mengesahkan bahawa kecederaan tersebut disebabkan oleh pelanggaran dan hentaman yang kuat dipercayai akibat langgar lari.

“Terdapat geseran pada bahagian muka mayat dan bahagian dahinya terkopak, kesan seretan pada bahagian depan dan belakang badan, patah lengan tangan kanan dan kiri serta patah paha dan kaki sebelah kanan.

“Seluar dan baju mangsa juga dalam keadaan terkoyak akibat geseran serta terdapat kesan luka berbentuk kelaran di leher dan hasil pemeriksaan oleh pihak patologi mendapati kecederaan pada leher mangsa adalah disebabkan kemalangan,” katanya.

Menurut Abdul Wahib, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta kerjasama orang ramai terutama pengguna lebuh raya yang melalui tempat kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori