Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Mahu Jadi Pramugari...

SEORANG wanita terpaksa menderita selepas kawannya yang cemburu telah mencurahkan asid ke mukanya...

Polis Tahan Lelaki Anggota...

GEORGE TOWN - Polis percaya dapat menumpaskan sindiket mencuri kereta antik yang bergiat...

Putera Faisal Terima RM60.6...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi, di sini hari ini diberitahu, bekas Perdana Menteri,...

Baik Pulih Tebing Runtuh...

GEORGE TOWN - Kerja-kerja membaik pulih tebing di Jalan Bukit Lama dari Bayan...

Media Prima Catat Kerugian Sebelum Cukai RM135.6 Juta

KUALA LUMPUR – Media Prima Bhd. mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM135.6 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2017 berbanding keuntungan sebelum cukai berjumlah RM29.84 juta pada tempoh sama, tahun lepas.

Perolehannya turut merosot kepada RM328.77 juta daripada RM349.55 juta sebelum ini berikutan perubahan tingkah laku pengguna dan inovasi digital yang menjejaskan industri media secara menyeluruh.

“Walaupun kumpulan ini telah menceburi inisiatif perniagaan berasaskan pengguna dan digital baharu, ia masih lagi dalam peringkat awal,” kata kumpulan media bersepadu itu kepada Bursa Malaysia dalam satu makluman, hari ini.

Mengulas prospeknya, Media Prima berkata ia komited kepada usaha transformasi bagi mempertahankan sumber pendapatan tradisionalnya dan membangunkan sumber baharu termasuk beberapa bidang utama seperti peneraju pasaran dalam penyiaran, kandungan (penyiaran) ‘over-the-top’ dan penerbitan digital.

“Kumpulan ini turut menumpukan usaha meningkatkan perolehan dagangan menerusi penyepaduan media dan mengembangkannya ke luar Malaysia.


“Pengurusan kos secara berterusan dengan memaksimumkan rantaian nilai sedia ada dan usaha meningkatkan produktiviti serta kecekapan, terus kekal menjadi keutamaan. Ini seiring amalan kewangan dan pengurusan risiko secara berhemat,” katanya. – BERNAMA

Kategori