Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

2 Juta Pelarian Iraq...

BAGHDAD – Seramai 2.1 juta penduduk Iraq yang menjadi pelarian akibat konflik dan...

“Buat Apa Nak Cerita?...

SELEPAS gambar mesranya menyambut Hari Raya baru-baru ini bersama seorang lelaki mendapat perhatian...

Kronologi Kehilangan Pesawat AirAsia...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Berikut kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang dimaklumkan pada...

Bayi Positif Koronavirus 30...

BEIJING - Seorang bayi di Wuhan dilaporkan positif koronavirus hanya 30 jam selepas...

Melaka Perlu Tapak Pelupusan Sampah Baharu

MELAKA – Melaka memerlukan tapak pelupusan sampah baharu pada kadar segera memandangkan tapak pelupusan sanitari Sungai Udang dijangka dapat bertahan sebulan sahaja lagi sebelum mencapai kapasitinya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Sehubungan itu beliau berharap Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat menimbang segera permohonan tapak pelupusan baharu yang dibuat kerajaan negeri sebelum ini.

“Penyelesaian terbaik bagi masalah ini ialah membuka tapak pelupusan sampah baharu yang mengunakan teknologi tinggi,” katanya selepas merasmikan penutup Seminar Bersih Budaya Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini hari ini.

Beliau berkata secara purata tapak pelupusan sanitari di  Sungai Udang itu menerima 850 tan hingga 1,500 tan sampah sehari.


Mengulas perkembangan lain,  Idris berkata pihaknya akan mengusulkan kepada Datuk Bandar Melaka agar mengkaji semula undang-undang kecil  untuk mengenakan denda kepada orang ramai yang membuang sampah merata-rata terutamanya di tempat awam.

“Diharapkan langkah ini  dapat mendidik masyarakat agar tidak membuang sampah merata-rata,”katanya. – BERNAMA

Kategori