Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Dr Ahmad Taufik Berpindah...

KOTA KINABALU - Dr Ahmad Taufik Sulaiman hari ini dilantik sebagai Timbalan Pengarah...

Jurugambar Wallpaper Ikonik Windows...

JIKA anda seperti penulis yang membesarĀ pada era 90-an, pasti masih ingat paparan skrin...

Polis Tahan 2 Lelaki,...

PAPAR - Polis menahan dua lelaki dan merampas satu senapang buatan sendiri atau...

Cuti Thaipusam Kekal Sebagai...

ALOR SETAR ā€“ Cuti Thaipusam di Kedah akan dikekalkan sebagai cuti peristiwa setiap...

Memanah Sukan SEA: Juwaidi, Faten Hadiah Emas Ke-7

KUALA LUMPUR – Dua jaguh memanah negara, Mohd. Juwaidi Mazuki dan Faten Nurfatehah Mat Salleh terus mempamerkan aksi cemerlang sekali gus mengesahkan pingat emas ketujuh Malaysia.

Atlet tersebut sekali lagi menghadiahkan emas kepada skuad negara dalam Sukan SEA namun hari ini dalam acara compound berpasukan campuran, dengan menumpaskan pasangan dari Myanmar dengan kiraan mata 152-142.

Skuad itu menewaskan Aung Ngeain dan Ye Min Swe.Ā Sebelum itu, mereka berjaya menumbangkan cabaran dari Singapura 155-149 dalam saingan suku akhir sebelum mengatasi Vietnam 154-152 untuk melangkah ke pentas akhir.

Emas diraih dalam aksi yang berlangsung di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil itu juga merupakan emas ketujuh buat Malaysia dan juga emas ketiga negara yang disumbangkan daripada acara memanah.

Kedua-dua Mohd. Juwaidi dan Fatin Nurfatehah semalam juga melakar rekod tersendiri setelah menyumbangkan pingat emas kepada Malaysia masing-masing menerusi acara berpasukan compound lelaki dan wanita.


Malaysia selaku tuan rumah mempertaruhkan Faten Nurfatehah pada mulanya agak cemas apabila ketinggalan 75-74 namun selepas perkiraan mata semula, Malaysia mendahului 74-65 dalam end pertama.

End 3 menyaksikan Malaysia terus di depan 114-104 sebelum mengesahkan emas. Tempat ketiga, Vietnam terlebih dahulu meraih gangsa selepas menewaskan Filipina 159-155. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori