Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas Dipantau Supaya...

SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersiap sedia menghadapi cuaca panas...

KKM Yang Maklumkan Perolehan...

KUALA LUMPUR : Dakwaan perolehan vaksin COVID-19 tidak mengikut peraturan dan ditandatangani tanpa...

Ibu Didakwa Sebabkan Kematian...

JOHOR BAHRU: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

RUU Antiberita Tidak Benar...

TEGAS... Mereka yang sabit kesalahan di mahkamah akibat 'gatal tangan' sengaja sebar berita...

“Mereka Jadi Tukang Cuci Sejarah Gelap Mahathir”

KUALA LUMPUR – “Apabila kita bersedia berpaling dari kebenaran, Allah S.W.T lebih bersedia memutar-mutarkan hati kita sekehendak-Nya. Tiada lagi istiqamah dalam perjuangan. Tugas baru adalah jadi tukang cuci dan gilap sejarah gelap Tun Mahathir.”

Demikian kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membidas bekas pemimpin PAS yang mempertahankan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Tragedi Memali di Baling, Kedah.

Beliau turut menyelar bekas pemimpin PAS dari Johor yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub kerana menuduh PAS sengaja menimbulkan isu Memali demi meraih undi.

“PAS raih undi hasil promosi kebenaran dan keadilan. PAS juga hilang undi atas sebab yang sama. Mempromosikan dan menegakkan kebenaran dan keadilan adalah PAS. Memali adalah sebahagian daripadanya.

“PAS pernah raih undi simpati rakyat kerananya dan pernah juga kehilangan undi kerananya. Tetapi PAS tidak pernah hilang keyakinan dan tekad untuk terus istiqamah mempromosikan kebenaran dan keadilan dalam negara. Suatu yang telah hilang daripada tubuh bekas pemimpin PAS itu. Malang Tun Mahathir pula dijulangnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Salahuddin sebelum ini mendakwa PAS sengaja menimbulkan isu Memali yang berlaku 32 tahun lalu demi meraih undi orang Melayu sedangkan PAN menganggap perkara itu sudah lama berlaku, sikap berbeza ditunjukkan beliau tentang tragedi itu sewaktu berada dalam PAS.


Nik Mohamad Abduh dalam pada itu mengingatkan, Tragedi Memali adalah tragedi paling berdarah dalam sejarah pemerintahan kuku besi negara ini apabila penduduk kampung yang mengangkat senjata kampungan bagi mempertahankan diri dibunuh dengan senjata berat yang sepatutnya digunakan untuk melawan komunis.

Malah, katanya, beliau yang berusia 15 tahun ketika tragedi itu berlaku menyertai ribuan rakyat Malaysia lain menziarahi perkampungan Memali dan mendengar ceramah ayahnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terntang insiden itu.

“Saya adalah kelahiran peristiwa berdarah kampung Memali, Baling. Sejarah buruk negara itu mahu ditutup dengan kepalsuan dan fitnah. Usahakanlah jika mampu. Allah S.W.T tidak akan mengizinkannya sehingga kebenaran diperakukan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori