Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pasangan Mat Saleh Ini...

UNGKAPAN "kebersihan itu sebahagian daripada iman" sudah menjadi tema bagi orang-orang Islam. Sama ada...

FGV Nafi Dakwaan Basmi...

KUALA LUMPUR - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menafikan dakwaan pembasmian hutan...

Kesan Asid Ditemui Di...

DOHA - Sumber dalaman pejabat peguam negara Turki, hari ini mendedahkan bahawa pasukan...

Hanya 29 Mangsa Pencemaran...

PASIR GUDANG - Jumlah mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim di sini yang...

Mira Support Zizan, Bukan Sebab Cinta

ARTIS tempatan kini pasti takkan terlepas dengan kontroversi ‘cinta lokasi’, yang mana hero dengan heroin yang bercinta dalam drama, pasti akan bercinta di luar set.

Ianya seolah-olah sudah jadi kebiasaan pula. Tapi tidak bagi pelakon jelita, Mira Filzah dan Zizan Razak.

BACA: Mira Filzah Akui Tak Ada ‘Feeling’ Kat Zizan

Sebelum ini ada juga kita dengar desas desus yang kononnnya Mira dan Zizan bercinta selepas mereka bergandingan dalam telefilem Jula Juli Bintang Cinta yang disiarkan di salah satu saluran Astro.

Yelah, mana tak nya sebabkan Mira dan Zizan selalu upload gambar berdua sampai membuatkan peminat membuat tafsiran yang mereka ini hangat bercinta.

Baru-baru ini Mira dengan senang hati telah menghadiri malam gala filem Abang Long Fadhil di panggung wayang GSC Pavillion yang turut ditemai oleh pengurus dna pembantu peribadinya.

Filem hebat itu juga dibintangi oleh Zizan Razak. Apa lagi, ramai lah yang buat spekulasi murahan kononnya mereka berdua ni bercinta. Apa lah salahnya kalau orang tu datang nak support sesama rakan artis.

Mira kini sedang bergiat aktif dalam menjalankan business tudung dan produk kecantikan keluarannya sendiri yang semakin mendapat sambutan hangat.

Dia juga sedang mengacarakan rancangan Mahligai Cinta yang memaparkan majlis perkahwinan pengantin tertentu dilangsungkan penuh gilang gemilang.

Sebelum ni pun Mira ada mengeluarkan kenyataan bahawa cintanya bukanlah untuk Zizan. Jadi Mira ni bukanlah seperti artis yang lain yang mana membawa cerita cinta dalam set hingga ke dunia realiti.


Last-last, habuk pun tarak. Setakat nak bagi rating naik je.

Ketika ditemui oleh pihak media sebuah akhbar tempatan dan diajukan tentang soalan antara dia dan Zizan, Mira hanya mampu tersenyum manis sahaja dan menjawab soalan dengan tenang sekali.

“Saya datang atas jemputan Skop Productions. Kebetulan Zizan berlakon, akan ada tafsiran itu dan ini. Sebelum ini pun saya datang beri sokongan filem Kau Yang Satu arahan abang Osman Ali.”

“Sebagai orang seni, saya percaya kita perlu sokong-menyokong. Itu tanda komitmen kita,” kata Mira.

Tambah Mira lagi, dia pernah menyimpan hasrat untuk berlakon dalam cerita aksi seperti itu. Jadi dia telah bersedia jika ditawarkan untuk melakonkan sebarang watak aksi jika diberi peluang.

Woww… Tak sabar rasanya kalau Mira dapat watak macam ni. Sebelum ni Mira hanya membawa watak gadis lemah lembut je. Kali ni, mana tahu rezeki bawak watak jahat pula ke. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Kategori