Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Serpihan Di Mozambique Hampir...

PUTRAJAYA - Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti milik pesawat Malaysia...

Keganasan Di Gaza: Erdogan...

ANKARA - Bagi Presiden Turki, Tayyip Erdogan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah runtuh...

Duta Korea Utara Mungkin...

DUTA Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang semalam membidas pihak berkuasa Malaysia...

Video: Terlelap, Rempuh Lori...

TULAR menerusi media sosial, video sebuah lori muatan telur 'berpusing' setelah dilanggar dari...

MRT Kurang Lebih 34,000 Tan Karbon Dioksida Setahun

KUALA LUMPUR – Pengoperasian Mass Rapid Transit (MRT) yang dilancarkan Disember lepas dijangka menyumbang kepada pengurangan gas karbon dioksida sebanyak 34,400 tan setahun.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kementeriannya menyasarkan pengurangan pencemaran karbon dioksida sebanyak 300,000 tan menjelang 2030.

Ia merupakan satu langkah mitigasi yang boleh membantu negara mencapai sasaran dalam Nationally Determined Contribution (NDC) yang dikemukakan kepada United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) di bawah Perjanjian Paris 2015.

Dengan pengoperasian MRT, selain mengurangkan pencemaran udara terutama di bandar Kuala Lumpur, ia juga membawa kebaikan daripada sudut ekonomi masyarakat kerana harga yang lebih murah berbanding menggunakan kenderaan sendiri atau teksi.

“Secara tidak langsung, kualiti hidup di Kuala Lumpur semakin terjamin dan meningkat,” katanya pada sidang media semasa mengadakan lawatan kerja meninjau projek MRT, di sini hari ini.

Selain itu, Wan Junaidi berkata pengoperasian MRT juga dapat mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya khususnya bagi laluan jalan raya dari Sungai Buloh ke Kuala Lumpur dan juga dari Kajang ke ibu negara.

Terdahulu, Wan Junaidi yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir. Zohari Sulaiman melakukan lawatan kerja ke stesen-stesen Tun Razak Exchange, Merdeka dan Kwasa Damansara di sini.


Projek MRT merangkumi jajaran keseluruhan 51 kilometer (km) yang menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang yang merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah dan ia berintegrasi dengan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Monorail dan KTM Komuter.

Fasa pertama membabitkan laluan Sungai Buloh-Semantan sepanjang 21km manakala operasi fasa kedua bagi laluan Semantan-Kajang sepanjang 30km melibatkan 19 stesen melalui kawasan berpopulasi tingggi seperti Kajang dan Cheras.

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya memberi jaminan tiada pencemaran jerebu akibat pembakaran terbuka dari negara jiran terutama Indonesia setelah pihaknya mendapat kerjasama daripada negara terbabit.

Kerajaan Indonesia ketika ini menggunakan teknologi sistem satelit bagi memantau dan mengesan sebarang pembakaran terbuka yang berlaku di negara itu dan bertindak memadamkan kebakaran dengan cepat.

Dengan tindakan Indonesia itu, kementerian cukup yakin tidak berlaku jerebu tahun ini,” katanya sebagai mengulas persediaan kementeriannya menjelang Sukan SEA KL2017 yang berlangsung di sini dari 19 hingga 30 Ogos. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

Kategori