Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TNB Tempat Ke-6 Senarai...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menduduki tempat ke-6 dalam senarai jenama...

JKM Salur RM347 Juta...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan sejumlah RM347.54 juta kepada skim...

Hubungan Pakistan-Malaysia Bakal Lebih...

KUALA LUMPUR - Hubungan diplomatik antara Pakistan dan Malaysia, yang memasuki tahun ke-60...

Penganggur Dijel 6 Bulan,...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret...

MRT SBK Jimatkan Masa Perjalanan Warga Kota

KUALA LUMPUR – Terpaksa meredah kesesakan lalu lintas lebih sejam untuk ke tempat kerja yang jaraknya mungkin hanya 20km adalah sangat memeritkan buat kebanyakan warga kota.

Namun, kini warga kota menarik nafas lega apabila Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) beroperasi sepenuhnya dengan pembukaan fasa keduanya yang memberikan alternatif lain dalam menyelesaikan masalah harian mereka untuk ke tempat kerja.

Selain menjimatkan masa perjalanan dan mengelakkan kesesakan lalu lintas, kos seharian terutamanya perbelanjaan petrol dan tambang turut dapat dijimatkan dengan adanya perkhidmatan MRT di ibu kota.

Pegawai Eksekutif Sumber Manusia Rachel Wong, 26, berkata beliau kini tidak perlu lagi memandu kereta seawal 6 pagi untuk ke tempat kerja dari Kota Damansara ke KLCC setelah MRT beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai lepas.

“Jika dahulu saya perlu ‘anggar’ perjalanan saya dua jam lebih awal dari waktu bekerja kerana saya perlu berada di pejabat sebelum pukul 8 pagi.

“Namun kini saya tidak perlu lagi berbuat demikian kerana saya boleh berjalan kaki ke stesen Mutiara Damansara untuk menaiki MRT, seterusnya menukar laluan dari KL Sentral ke LRT (Transit Aliran Ringan) untuk menuju ke stesen KLCC yang mengambil masa tidak sampai sejam perjalanan,” katanya kepada Bernama.

Jururawat Kim Ong, 33, berkata kemudahan MRT yang berada kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) memudahkannya untuk ke tempat kerja iaitu di Hospital Sungai Buloh.

“Jika sebelum ini saya perlu memandu untuk ke stesen KTM Kepong untuk menaiki KTM Komuter untuk ke stesen Sungai Buloh sebelum menaiki bas atau teksi ke hospital namun kini tidak perlu lagi.

Saya hanya berjalan kaki ke Stesen TTDI dan mengambil tren MRT terus ke Sungai Buloh yang mengambil masa kira-kira 40 minit seterusnya mengambil bas pengantara untuk ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Nor Halimatun Othman, 45, yang menetap di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras berkata sejak menggunakan perkhidmatan MRT pada 17 Julai lalu, beliau tidak perlu lagi risau lewat tiba ke tempat kerja di Bukit Bintang.

“Jika sebelum ini saya terpaksa berbelanja sehingga RM700 sebulan untuk petrol, tidak termasuk bayaran tol dan parking namun sekarang saya hanya mengambil MRT untuk ke tempat kerja setiap hari tanpa perlu memandu kereta dan meredah kesesakan lalu lintas,” katanya.


Katanya perkhidmatan MRT memberikan kelegaan kepadanya yang setiap hari memikirkan pelbagai masalah untuk ke tempat kerja dan membeli-belah.

“Kos pengangkutan telah dikurangkan memandangkan sekarang mempunyai diskaun 50 peratus untuk semua pengangkutan awam bawah Rapid KL yang memberi kemudahan selesa dan efisien kepada warga kota,” katanya.

Sementara itu, pereka grafik A.Ganesh, 29, berkata sejak perkhidmatan MRT laluan SBK dilancarkan, kesesakan lalu lintas dilihat berkurangan terutamanya di tempat-tempat tumpuan pelancong dan pusat membeli-belah.

“Jika sebelum ini kesesakan lalu lintas begitu kronik sehingga dua jam terutamanya ketika waktu puncak pada waktu pagi dan petang, namun sekarang warga kota sudah mempunyai lebih banyak pilihan dalam pengangkutan awam.

“Tempat parkir di kawasan membeli-belah juga sudah banyak berbanding dengan sebelum ini yang sukar mendapat parkir sekiranya memandu untuk ke pusat membeli-belah terutamanya pada hari minggu,” katanya.

Operasi fasa kedua MRT laluan Semantan-Kajang melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 kilometer (km).

Jajaran keseluruhan 51km itu merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah, Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang berintegrasi dengan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Monorail dan KTM Komuter.

Fasa pertama membabitkan laluan Sungai Buloh-Semantan sepanjang 21km, mula beroperasi pada 16 Dis tahun lepas. – BERNAMA

Kategori