Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Nafi Naikkan Harga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah menaikkan harga siling bagi rumah Perumahan Rakyat...

Johor Sedia Bilik Khas...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) akan...

Papagomo Berjaya Bayar Saman...

PENULIS blog politik tempatan, Wan Muhammad Azri Wan Deris sekali lagi 'menggemparkan' Mahkamah...

FOTO: Kanak-Kanak Malaysia Maut...

MALANG sememangnya tidak berbau. Kegirangan sebuah keluarga dari Melaka bercuti di Hat Yai,...

Murid Tahun 1 Maut Dibelasah Murid Tahun 6

SIBU – Seorang murid lelaki Tahun Satu sekolah berasrama di Bahagian Kapit meninggal dunia di Hospital Sibu semalam dipercayai akibat dibelasah seorang murid Tahun Enam sekolah itu Selasa lalu.

Mangsa dikatakan telah ditumbuk di bahagian kepala dan disepak di bahagian badan sambil mulutnya ditutup dengan menggunakan sehelai selimut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu pada 3.30 petang Khamis.

“Mangsa mengalami cedera parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan. Siasatan awal mendapati mangsa telah dibelasah di asramanya pada tengah malam Selasa sebelum dikejarkan ke hospital Kapit,” katanya.


Seorang murid telah ditahan untuk disiasat namun dibebaskan dengan jaminan polis kerana akan menjalani peperiksaan UPSR pada September,” katanya.

Satu pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Freddy Bian telah ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut. – BERNAMA

Kategori