SADONG JAYA – Projek menaik taraf 30 sekolah daif di seluruh negeri Sarawak akan disiapkan selewat-lewatnya pada akhir tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Dr Khair Mohammad Yusoff.
Katanya, keseluruhan projek yang dibahagikan kepada beberapa pakej menelan kos kira-kira RM90 juta dan akan menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS).
Khair berkata demikian kepada pemberita ketika beliau melawat ke SK Haji Bujang Rawangan Putin di sini untuk meninjau bangunan sekolah berkenaan yang dibina menggunakan teknologi IBS.
Bangunan berkenaan berjaya disiapkan dalam tempoh 19 hari menggunakan produk konkrit IBS sepenuhnya dengan kos kira-kira-kira RM1.5 juta. – BERNAMA