Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Hasrat Gadis 14 tahun...

Seorang gadis Muslim berharap untuk menjadi penari Balet Profesional pertama yang memakai hijab.Stephanie...

PDRM Nafi Tarik Semua...

KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bekas perdana menteri, Datuk...

Pelajar Perempuan Tahun 5...

PEKAN - "Saya tahu kakak dah tiada kerana setengah jam dia dalam air,...

Apakah Yang Telah Berubah...

"KAMI faham yang kerajaan masih baharu, tetapi kami cuma harap mereka dapat dengar...

Najib Lancar Festival Seni Antarabangsa KL 2017

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan edisi ketiga Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur (DiverseCity) 2017 di Nu Sentral, di sini.

Acara lima hari, yang berlangsung mulai hari ini hingga 1 Okt di beberapa venue di Kuala Lumpur, akan memaparkan pelbagai persembahan kebudayaan dengan mengetengahkan artis antarabangsa dari negara ASEAN serta beberapa negara lain di seluruh dunia.

Sebelum merasmikan acara itu, perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa lebih sejam menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan, antaranya tarian zapin oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan ‘Che Malambo’, sensasi tarian dipersembahkan 12 penari lelaki dari Argentina.

Kemuncak perasmian itu adalah sentuhan terakhir hasil seni yang dilakukan di atas pentas oleh artis terkemuka, Yeoh Jin Leng, yang akan mempamerkan beberapa hasil kerja seninya, digabungkan dengan gambar yang dirakamkan Almarhum Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dalam festival itu.

DiverseCity adalah pertubuhan bukan kerajaan dan menerima dana daripada kerajaan, jualan ‘box office’ di samping tajaan dan sumbangan daripada syarikat, individu dan pertubuhan amal.

Dilancarkan pada 2015, Festival Seni Antarabangsa KL semakin melakar nama sebagai sebuah acara tahunan utama bagi meraikan kesenian antarabangsa. Diadakan pada suku ketiga setiap tahun, festival itu mengetengahkan artis daripada pelbagai genre di lebih 12 venue di seluruh Kuala Lumpur. Persembahan pada festival itu turut digabungkan dengan bengkel serta aktiviti pendidikan.

Terdahulu ketika berucap, pengarah festival Datin Sunita Rajakumar, berkata mulai 31 Ogos hingga 1 Okt, artis tersohor dan baru mengukir nama dari Malaysia serta seluruh dunia akan berhimpun di Kuala Lumpur untuk meraikan seni menerusi muzik, tarian, teater, seni visual dan kesusateraan.


“Kami telah menyusun program tahun ini untuk membolehkan penglibatan semua pihak oleh kerana festival ini bermatlamat menghimpunkan semua masyarakat untuk meraikan seni dalam segala kepelbagaiannya. Menjadi harapan saya agar program tahun ini bukan sahaja menghiburkan tetapi turut memberi inspirasi serta menghubungkan semua yang menghadirinya,” katanya.

Acara kemuncak persembahan muzik adalah ‘Konsert Panggung 50 Anniversari’ yang akan diadakan di Taman Botani Perdana di sini bermula 9 malam pada 30 September.

Konsert ini akan diserikan oleh artis tempatan dan dari negara ASEAN yang akan membawa penonton mengimbas kembali perjalanan muzik merentas usia, dengan memperdengarkan lagu hit lama yang diberi nafas baharu, dengan diiringi orkestra dan penari dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur , kata Sunita.

Beliau berkata orang ramai boleh memperoleh maklumat lanjut tentang festival itu menerusi laman sesawang www.diversecity.my. – BERNAMA

Kategori