TERBAIK Bro! Itulah kata-kata yang sesuai untuk teman lelaki Afifah Nasir. Wan Aliff The Coolest Man In The World menyuarakan keinginan bersemuka dengan Aliff Aziz.
Ini kerana Aliff masih memanjang-manjangkan komen di Instagram (IG) berhubung isu kantoi di karaoke dengan Afifah.
Nah! Sekarang Wan Ariff sudah jadi The Most Gentleman Man In The World.
Wan Ariff bengang sebab Aliff belum berhenti berkokok di IGnya. Sesuatu yang disifatkannya sebagai perlu diselesaikan.
Aliff menaikkan status mendesak Afifah berterus-terang; sesuatu yang bagi Wan Ariff sebagai rengekan tidak berkesudahan.
Wan Ariff memuat naik screenshot kenyataan Aliff itu di IG miliknya.
“Sudah-sudahlah. Kali ini saya akan bersuara. Saya akan menggunakan akaun IG peribadi saya untuk bersuara kerana saya tidak kenal mana-mana wartawan atau blogger untuk mendedahkan hal ini.”
Selain bersuara mengenai dirinya yang tidak memiliki proksi di portal, Wan Ariff menyindir:
“@aliffaziz91 Saya tidak tahu sama ada kamu perasan atau pun tidak, tapi kamu sedang bertepuk sebelah tangan.”
Malah, Wan Ariff kembali ke asas orang Islam bahawa, kalau fitnah berleluasa, maka hukum agama akan jadi pilihan.
“Afifah berani bersumpah atas Quran dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap kamu. Dia hanya melayan kerenah tidak  matang kamu. Setiap teks yang dibalasnya diketahui oleh sesetengah orang di dalam produksi, dan saya tahu semuanya.”
Menyedari Aliff macam keracauan, Wan Ariff memgingatkan artis muda Singapura itu:
“Betul dia bersalah kerana membiarkan kamu memegang tangannya, tetapi itulah satu-satunya kali dia berbuat demikian dan dia telah memohon maaf kepada isteri kamu. Jika pihak produksi tidak mahu bersuara, biarkan mereka,” tulis jejaka itu lagi.
Wah! Gentlemen la Wan Ariff. Cuma rasanya elok biar Aliff berkokok. Ayam yang celik mata akan berhenti setelah sedar hari dah tinggi. Ayam yang menjengok ke sarang, akan berhenti apabila sedar: telurnya hanya sebiji. – MYNEWSHUB.CCÂ