Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Johor Tolak Perundangan Bercanggah

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor bukan sahaja menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala...

Dubai Ada Trak Makanan...

UNIK... Menariknya! Dapur terapung yang pertama di dunia berkonsepkan seumpama trak makanan bakal...

Johor Komited Teruskan Pembinaan...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri komited untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA)...

Taylor Swift Tak Datang...

WALAUPUN namanya dikenali di seluruh dunia, namun Taylor Swift tidak sesekali melupakan ahli...

NCD Kini Cabaran Utama Penjagaan Kesihatan

KUALA LUMPUR – Respons yang lebih berkesan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan faktor-faktor risikonya kini menjadi cabaran utama penjagaan kesihatan bagi Malaysia dan rantau ini berikutan peningkatan kes NCD yang memerlukan tindak balas yang sangat berlainan dan lebih kompleks berbanding dahulu.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah NCD termasuk penyakit jantung, diabetes, penyakit respiratori dan kanser meningkat ketara di seluruh rantau dalam dekad-dekad kebelakangan ini dengan Asia Tenggara merekodkan kadar peningkatan terpantas di dunia.

“Daripada hanya sekitar 40 peratus pada 1990, NCD kini merangkumi 60 hingga 70 peratus daripada kematian dan penyakit di rantau ini,” titah baginda semasa merasmikan Persidangan Kuala Lumpur mengenai Kualiti dan Keselamatan dalam Penjagaan Kesihatan, di sini hari ini.

Titah ucapan baginda dihantar kepada Bernama.

Sultan Nazrin Shah bertitah memandangkan infrastruktur dan tenaga kerja di negara-negara rantau ini tidak dibangunkan untuk menyediakan penjagaan kompleks yang diperlukan bagi merawat dan mengawal NCD, satu peralihan besar amat diperlukan.

Titah baginda sistem penjagaan kesihatan primari rantau ini yang direka bentuk untuk memberi vaksin, menyediakan penjagaan sebelum dan selepas bersalin serta menyediakan pendidikan pencegahan denggi melalui jaringan klinik kesihatan awam, kini perlu berubah kepada satu sistem yang lebih sofistikated yang diperlukan untuk penjagaan jangka panjang akut dan paliatif terhadap kes-kes yang semakin meningkat.

“Walaupun dana yang terhad untuk membiayai perubahan ini, terdapat kemajuan ke arah itu di rantau ini. Dasar-dasar mengenai NCD kini semakin lazim dan sistem penjagaan kesihatan beransur-ansur melalui pemodenan dan di Malaysia kita telah membuat pelaburan yang agak besar dalam sektor penjagaan kesihatan kita.

“Penduduk di negara membangun semakin terdedah kepada faktor-faktor risiko NCD, dan Malaysia yang merupakan negara berpendapatan sederhana dengan tahap urbanisasi yang tinggi, menjadikan ia negara yang sangat terdedah.”

Mengakui bahawa penambahbaikan dalam kesihatan di kebanyakan negara membangun sebahagiannya disumbangkan oleh pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan, Sultan Nazrin Shah bertitah situasi itu dijejaskan oleh diet yang semakin merosot serta pendedahan lebih besar terhadap faktor-faktor risiko lain yang juga sebahagian daripada proses pembangunan terbabit.


“Proses urbanisasi merupakan aspek utama, dikaitkan dengan pelbagai faktor risiko termasuk stres, pencemaran dan diet yang tidak sihat.

“Peningkatan proses urbanisasi juga menyumbang kepada tahap stres lebih tinggi disebabkan corak pekerjaan moden, faktor-faktor persekitaran seperti pencemaran serta kemiskinan dan impak stres boleh dilihat menerusi kadar hipertensi yang tinggi serta peningkatan masalah kesihatan mental,” titah baginda.

Baginda bertitah peningkatan kadar penyakit kronik juga dikaitkan dengan jangka hayat yang semakin panjang yang juga penyumbang kepada peningkatan kes NCD di negara berpendapatan tinggi di sebalik rawatan yang lebih berkesan dan kejayaan menangani sebahagian faktor-faktor risiko.

Titah baginda bilangan kes NCD yang semakin tinggi di negara membangun adalah disebabkan kemiskinan berikutan tiada peruntukan penjagaan kesihatan awam yang komprehensif telah meningkatkan beban yang ditanggung isi rumah, khususnya isi rumah miskin.

Menyambut baik strategi menangani NCD yang kini dilaksanakan di seluruh rantau, baginda bertitah pendekatan lebih bersepadu termasuk tumpuan terhadap langkah-langkah pencegahan akan secara beransur-ansur memperlahankan penyebaran dan mengurangkan kesan epidemik.

Titah baginda usaha lebih hebat mesti ditumpukan kepada menangani aspek lain dalam epidemik NCD termasuk perbelanjaan besar dalam pengambilan berterusan produk tidak sihat seperti tembakau, alkohol, makanan diproses dan minuman ringan. – BERNAMA

Kategori