Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penambahbaikan Pastikan Kelancaran Operasi...

MAKKAH – Persiapan bagi menyediakan pelbagai kemudahan kepada jemaah haji Malaysia yang akan...

Sam Smith Dedah Rahsia...

RAMAI meragui pengiraan khasiat makanan boleh membantu mengurangkan berat badan.Namun buat pemenang anugerah Grammy baru-baru...

Ditumbuk Kerana Tongkat, Wanita...

GARA-GARA menumbuk seorang pramugari, seorang wanita rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara lima hari...

JKR Diminta Timbus Lubang...

KULIM - Anggota Parlimen Padang Serai, M. Karupaiya akan meminta Jabatan Kerja Raya...

Nelayan Asing Guna Taktik Kibar Jalur Gemilang

KUANTAN – Taktik enam bot nelayan asing yang cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengibarkan Jalur Gemilang untuk menceroboh perairan negara, akhirnya gagal apabila mereka  ditahan dalam Op Perkasa Timur yang dilakukan selama tiga hari bermula Selasa lepas.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata dalam operasi itu, pihaknya turut berjaya menahan 37 awak-awak dan kapten kapal yang berumur dalam lingkungan 21 hingga 50 tahun.

Semua warga asing dari Myanmar, Thailand dan Vietnam itu ditahan kira-kira 17 hingga 75 batu nautika dari perairan Tanjung Gemuk, Pekan, Nenasi dan Kemaman, Terengganu menggunakan aset Kapal Maritim (KM) Tatau, KM Bagahak dan KM Langkawi.

Selain mengibarkan Jalur Gemilang, mereka turut dikesan membuat penyamaran identiti dengan mempamerkan nombor pendaftaran bot nelayan warga tempatan dalam usaha memperdaya pihak berkuasa.

Nelayan asing ini juga bergerak dalam komuniti bot nelayan tempatan yang menggunakan kru warga asing, namun hasil maklumat nelayan tempatan, perbuatan mereka berjaya dibongkar,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semasa pemeriksaan dilakukan, hampir kesemua nelayan asing itu terutama dari Thailand didapati menggunakan pasport dan kad pelaut palsu.


Perkara itu terbongkar hasil soal siasat yang dilakukan terhadap lima nelayan Thailand yang didapati menggunakan pasport palsu dan menyamar menjadi warga Myanmar.

Kesemua anak kapal yang ditahan itu didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat lesen perikanan di bawah Seksyen 8b Akta Perikanan di Mahkamah Kuantan hari ini,” katanya.

Berikutan itu juga pihaknya turut merampas enam bot nelayan asing itu yang dianggar bernilai lebih RM1 juta dengan keseluruhan hasil laut termasuk ikan dan sotong yang dianggarkan seberat 11 tan metrik bernilai kira-kira hampir setengah juta ringgit.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan nelayan asing boleh membuat aduan atau berhubung dengan pusat operasi Maritim Malaysia di talian 09-571 7345. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

Kategori