Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Muslim Dihalau Di...

SEORANG ibu muda beragama Islam telah dihalau daripada bercanda di sebuah pantai awam...

Anih Berhad Edar 1,000...

KUANTAN - Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Anih Berhad hari ini mengagihkan...

Cadang Tuduh Wanita Maki...

KERTAS siasatan berhubung kes wanita menjerit dan memaki anggota polis yang melakukan sekatan...

Anggota Polis Lemas Ditemui...

ALOR GAJAH - Seorang anggota polis ditemui lemas selepas bot yang dinaiki bersama...

Nelayan Hilang Punca Rezeki, Sungai Johor Tercemar

KOTA TINGGI – Hampir 30 nelayan di Kampung Orang Asli Sayong Pinang di sini mendakwa hilang punca rezeki selepas Sungai Johor yang menjadi tempat mereka menangkap ikan dikatakan tercemar akibat pelepasan sisa toksik serta minyak dari kilang yang beroperasi berdekatan sungai itu.

Seorang daripada mereka, Amat Royut, 74, berkata pencemaran itu disedari apabila beratus-ratus ikan didapati mati terdampar di beting pasir dan tebing sungai terbabit pada awal pagi semalam.

“Kami menyedarinya ketika hendak turun ke sungai. Ini juga bukan kejadian pertama tetapi berlaku hampir setiap tahun.

“Jika berterusan, ikan akan pupus dan mengambil sekurang-kurangnya empat atau lima bulan untuk pulih sedangkan pendapatan kami banyak bergantung kepada hasil tangkapan ikan dan udang di sungai ini,” katanya yang ditemui, di sini hari ini.

Anaknya, Azamain, 37, pula berkata dia kini terpaksa melakukan kerja-kerja lain bagi menampung kehidupan keluarganya.

“Sebelum ini, saya mampu meraih antara RM40 hingga RM60 sehari hasil tangkapan di sungai berkenaan,” katanya.


Azamain berkata mereka mahu pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Masalah yang dialami nelayan terbabit mendapat perhatian pegawai dari Pejabat Perikanan Kota Tinggi, Norazli Hairudin yang turun padang hari ini untuk meninjau sendiri lokasi pencemaran.

Beliau berkata pihaknya akan mengambil beberapa ekor ikan yang mati terbabit untuk dianalisis di makmal sebelum tindakan lanjut dapat dilaksanakan. – BERNAMA

Kategori