Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Johan As’ari Akui Dirinya...

JOHAN As'ari yang sebelum ini dikaitkan bersama Nabila Huda dan Lana Nordin mengakui...

PRK Rompin: Orang Asli...

ROMPIN - Bagi masyarakat Orang Asli di sini, wakil rakyat idaman mereka ialah...

Sabah Tetap Komited Usaha...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah terus komited untuk meneruskan pembangunan mampan melalui perancangan...

Karakter Upin Ipin Pun...

BARU-BARU ini, isu penyanyi muda Ismail Izani yang dikatakan telah curang dengan bekas...

Nelayan Melaka Mohon Kaji Semula Tambakan Laut

MELAKA – Nelayan di Melaka memohon kerajaan negeri mengkaji semula pelaksanaan projek tambakan laut di perairan negeri ini bagi memastikan kegiatan berkenaan tidak terus menjejaskan hasil laut dan pendapatan mereka.

Timbalan Pengerusi Nelayan Tanjung Nibong Mohd Zaini Abu Bakar, 62, berkata komuniti nelayan tidak pernah menghalang pembangunan di perairan negeri namun kebajikan golongan berkenaan perlu diberi perhatian.

Beliau, yang telah 22 tahun terlibat dalam industri perikanan tradisional, mendakwa banyak pencemaran berlaku ekoran kegiatan penambakan laut sehingga mengubah ekosistem hidupan laut di kawasan terlibat dan secara tidak langsung menjejaskan hasil tangkapan laut.

“Kami tidak membantah pembangunan tetapi apakah manfaat yang kami peroleh bagi meneruskan kelangsung hidup yang hanya bergantung pada aktiviti menangkap ikan khususnya nelayan tradisional.

“Tiada pampasan juga yang diperoleh daripada aktiviti berkenaan yang jelas membunuh nelayan tradisional,” katanya kepada Bernama.

Mohd Zaini berkata nelayan yang terjejas, turut dalam dilema kerana mereka terpaksa mencari sumber pendapatan alternatif, namun pada masa yang sama sekiranya tidak turun ke laut, elaun sara hidup nelayan yang mereka peroleh akan dipotong.

Sidang Kampung Portugis, Peter Gomez, 60, yang juga seorang nelayan tradisional berkata aktiviti menangkap hasil laut semakin terjejas berbanding 40 tahun dahulu ekoran pembangunan yang pesat di sepanjang perairan negeri.

Beliau berkata komuniti nelayan khuatir aktiviti berkenaan akan menamatkan industri perikanan di negeri itu khususnya bagi nelayan traditional sekiranya projek itu tidak dipantau atau dikaji.

Gomez berkata selain itu pembangunan tujuh pelabuhan di sepanjang perairan negeri itu turut dikhuatiri menjejaskan industri perikanan tradisional.


“Apabila pelabuhan ini dibangunkan, zon eksklusif di kawasan berkenaan juga akan dibangunkan dan ia akan menyebabkan nelayan kehilangan beberapa kilometer kawasan menangkap ikan.

“Ini tidak termasuk pulau yang berada di perairan negeri yang telah diwartakan,” katanya.

Dalam pada itu, Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata berkata cadangan bagi mewajibkan semua syarikat konsesi terlibat dalam penambakan laut di perairan Melaka melaksanakan kerja-kerja mendalamkan muara sungai berhampiran projek yang dibangunkan masih dalam peringkat perbincangan kerajaan negeri.

Beliau berkata syarat berkenaan dilihat penyelesaian terbaik bagi memastikan industri perikanan di Melaka tidak terjejas teruk dengan pembangunan pesat yang berlaku di sepanjang perairan negeri.

Katanya selain itu, kerajaan negeri juga akan mengkaji semula bagi menentukan kawasan tangkapan ikan di perairan negeri agar tidak mengganggu zon akuakultur di sepanjang perairan Sungai Rambai, Sebatu dan Merlimau di Jasin dekat sini yang merupakan rizab bagi memastikan tangkapan hasil laut mencukupi untuk nelayan. – BERNAMA

Kategori