Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Banjir: Duta Amerika Syarikat...

KUALA LUMPUR - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Joseph Y. Yun akan...

PM Tidak Boleh Sewenang...

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak boleh sewenang-wenangnya...

‘Hafidz Perlu Belajar Hormati...

NAMPAKNYA drama 'pergaduhan' yang berlaku antara pelakon Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi semakin...

Video ‘Kuda Putih’ Polis...

KUALA LUMPUR - Tanpa mengira hujan atau panas, tugas setiap anggota polis trafik...

Nemanja Matic Dedah Sebab Pilih Manchester United

NEMANJA MATIC mendedahkan sebab dia memilih Manchester United walaupun tidak mempunyai masalah untuk kekal di Chelsea selepas menjulang Piala Liga Perdana Inggeris.

Matic disahkan sebagai pemain ketiga dibeli United pada jendela pemindahan kali ini selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Selepas diperkenalkan sebagai pemain United, Matic mengaku memilih United kerana heronya pernah berkhidmat bersama kelab gergasi berkenaan.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata, tindakan ke United adalah kerana ingin meniru Nemanja Vidic yang banyak berjasa di Old Trafford.

Vidic yang merupakan rakan senegara Matic adalah pertahanan ampuh United ketika di bawah bimbingan Alex Ferguson.


“Vidic adalah pemain yang hebat dan dia menjadi hebat di sini (Old Trafford). Ketika saya mula menyertai skuad kebangsaan dia adalah ketua pasukan.

“Saya akan lakukan yang terbaik untuk mengulangi apa yang telah dia lakukan. Saya sedar ia mungkin susah,” katanya kepada MUTV. – mStar Online

Kategori