Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kononnya Kafe Makanan Tapi...

KUALA LUMPUR - Sekali pandang tidak ada sesiapa menyangka ada sesuatu yang tidak...

512 Pelajar Dijangkiti ILI...

IPOH - Jumlah pelajar yang dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI) di Perak...

Sebarkan Surat Palsu Untuk...

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendedahkan taktik pembangkang menyebarkan surat palsu yang kononnya...

PLUS Bercadang Naik Taraf...

KUALA LUMPUR - Pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merancang untuk menaik...

Nenek Maut Digilis Kereta Api Di Gua Musang

GUA MUSANG – Seorang wanita warga emas ditemui maut dipercayai digilis kereta api berhampiran Stesen Keretapi Bertam Lama di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt. Rajab Ahad Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi, mangsa yang berumur lingkungan 80an dan belum dikenal pasti identitinya, dipercayai berjalan di tepi landasan apabila digilis kereta api yang dalam perjalanan dari Tumpat menghala ke Gua Musang.

“Wanita itu ditemui dalam keadaan terbaring di tepi landasan tempat kejadian dalam keadaan cedera parah di kepala dan kaki.

“Dalam siasatan awal kita, mungkin wanita terbabit ada masalah kesihatan dan kurang pendengaran yang menyebabkan dia tidak mendengar hon yang dibunyikan pemandu lokomotif,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rajab Ahad meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga supaya datang ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk membuat pengesahan dan menuntut mayat wanita itu.

“Kita juga sudah membuat semakan dengan penduduk kampung berdekatan tetapi tiada yang mengenalinya kerana dia mungkin datang dari kampung lain,” katanya


Mayat mangsa kini berada di HGM untuk bedah siasat. – BERNAMA.

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori