Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Perdana Menteri Minta Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa...

Mahathir Nafi Tangguh Cadangan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menafikan bahawa cadangan...

Saman Keluarga Australia Selesai...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) mencapai penyelesaian dengan sebuah keluarga Australia berhubung...

Selepas Hang Pi Mana,...

JIKA sebelum ini kumpulan ini 'femes' dengan single Hang Pi Mana yang menjadi...

Netahyahu Tolak Adakan Pilihan Raya Umum Lebih Awal

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak akan mempercepatkan tarikh pilihan raya negara itu walaupun beliau kini berdepan siasatan berhubung kes rasuah, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Menurut agensi penyiaran negara itu, Netanyahu dalam satu pertemuan tertutup dengan pemimpin tertinggi parti Likud membidas ‘cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sayap kanan pimpinannya’.

“Ia bukan perkara baharu, sudah beberapa tahun mereka cuba menggulingkan kerajaan sayap kanan ini,” katanya dan menambah beliau tidak melihat perlunya tarikh pilihan raya umum di negara itu, dipercepatkan.

Semasa pertemuan itu berlangsung, Netanyahu dilaporkan turut mendakwa Menteri Pengangkutan Israel Katz bersekongkol dalam ‘konspirasi’ menjatuhkan beliau.

Perdana Menteri itu terpalit tuduhan salah laku itu dan sepanjang tahun ini, beliau telah disoalsiasat sebanyak empat kali oleh pihak polis bagi membantu siasatan beberapa kes melibatkan rasuah, penipuan dan pecah amanah.


Minggu lalu, pihak Pendakwa Raya telah mencapai persetujuan dengan bekas pembantu Netanyahu, Ari Harow untuk menjadi saksi mereka dan sekiranya Harow menyerahkan bukti yang boleh mengaitkan Netanyahu dengan dakwaan yang dihadapinya, besar kemungkinan perdana menteri itu akan dihadapkan ke mahkamah.

Menurut laporan itu, sekiranya didakwa di mahkamah, Netanyahu tidak akan dipaksa untuk meletak jawatan. Bagaimanapun, ia akan meningkatkan tekanan untuk beliau melepaskan jawatan selepas 11 tahun memegang jawatan tersebut.

Pilihan raya umum Israel dijadualkan diadakan pada 2019. – BERNAMA

Kategori